Sep 29, 2009

Public Transportation S.U.C.K!

Selepas beberapa kurun tidak menjejakkan kaki kat fakulti a.k.a neraka duniaku, aku terpaksa menghadirkan diri aku kesana. Menghadirkan diri selepas mendapat panggilan hangit dari S.V aku.

S.V : Wahai Manusia, Kamu perlu menghadirkan diri ke Ofis saya hari ini juga. Wahahahaha
Saya: Maafkan saya, Tapi siapakah kamu?
S.V: Oh lupa plak saya nak mengenalkan diri saya, Saya adalah Supervisor kamu! Dr. F. Wahaha
Saya: Owh Dr.F rupanya. Kenapa perlu saya hadir ke sana ya?
S.V: Saya ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan dengan kamu. Makanya silalah hadirkan diri kamu ke sini hari ini juga!
Saya: Wah nampaknya begitu penting.
S.V: kalau tidak penting saya tidaklah menelefon awak!
Saya: Baiklah S.V ku, saya akan kesana sekarang juga.

Perjalanan ke Uni Ku sangat memenatkan! Public Transportation kat Malaysia nie. Capital S. Capital U. Capital C. Capital K. With BOLD exclamation mark. ---bukanlah nak merungut. just bagi tahu jer.

Saya: Assalammualaikum.
S.V: Owh kamu...lama saya tak nampak?
hati kecilku: aku sebenarnya malas nak jumpa. sebab aku tahu bila aku jumpa ko memang akan bertambah masalah. huhuhuhu.

Saya: What seem to the problem wahai S.V?

S.V: owh begini, bla bla bla bla bla bla -------sudah semestinya dia sedang menjelaskan masalah yang akan menambah beban dalam hidup aku.

hati kecilku: seperti yang ku duga. Kerja yang aku anggap telah selesai masih belum selesai rupanya. Terlalu banyak pertambahan yang diminta. katanya atas nama Kualiti!

hati kecilku 2: Damn u kualiti!

Saya: Owh baiklah. Akan saya usahakannya secepat mungkin!
hati kecilku: Damn u! Menyesal aku datang! huhuhuhuhu

makanya officially beberapa plan asal akan berubah. Terpaksa reschedule kan beberapa perkara mengikut kehendak masalah baru nie. hai dugaan dugaan.

p/s: apa yang hendak disampaikan adalah lebih penting daripada perbualan sebenar. waahahahahaha

Sep 27, 2009

selamat hari raya.

APa yang perlu aku tulis erk? Hmmmm.....oklah something yang basic-basic jer la. Basic2 cam ner? Ala skang nie kan ngah mood berhari raya. So Pertama-tamanya ingin mengucapkan

selamat hari raya aidilfitiri kepada semua. Maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalo ada tersilap bahasa ker, harap di ampunkan la erk!

SElamat Hari Raya Aidilfitri

Yang keduanya. Kalo dah dalam mood hari raya nie. Mestilah kena citer pasal hari-hari ynag telah dilalui dalam bulan syawal nie kan?

Untuk pengetahuan semua. Raya tahun 2009 is officially THE WORST RAYA EVER! there are some few reasons.

Reason numbre UNO: i just hate hari raya! Don't ask y?
Reason no 2: Nenek aku meninggal 4 days b4 hari raya
Sebab ke 3: Langsung tak pegi beraya kemana2 pun. Not even ke umah sedara mara.
Faktor 4: K.L sungguh bosan

itu jer la yang dapat difikirkan. so akibat daripada itu, tahun nie keluarga aku pun xder sambut over-over pun. Sebab masing2 tak sempat wat preparation raya. Kononnya nak wat last minute. lepas sembahyng raya terus balik umah makan n terus ke kubur nenek, atuk n abah. Pastu balik SEtapak, masing2 (family aku + family sedara mara) terus amik port nak tido! Masing2 nak qada tido sebab xcukup tido.

Tapi akibat daripada Reason no 2 semuanya tak buat apa2 pun. Sebab dipenghujung bulan pose aku banyak menghabiskan masa aku kat SETAPAK a.k.a kampungku. so rumah aku langsung tdk dihias. langsir pun xtukar. Ini menyebabkan umah aku tunggang langgang. So maka dengan ini, tahun nie rumah aku tak akan membuat openhouse.

Raya kedua ada wat kenduri arwah skit2. n sabtu lepas ada sekali lagi majlis tahlil arwah. Kalo orag lain banyak menjenguk ke rumah orang, aku n family menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat yang kerap kami lawati sejak dua menjak nie. xder ler pegi setiap hari. Just selang sehari. hmmmm.......

so faham2 sendirilah erk. mcm mana rasanya raya aku nie.

anyway kepada mereka yang dtg umah aku, jemputlah datang. Tapi dinasihatkan bawak kuih muih sendiri erk. Sebab buat pertama kalinya umah aku xder kuih. huhuhuhuhuhu. SEDIH JAP!

ker ada sesiapa nak sedekah kuih raya?

P/s: jumlah rumah yang telah diraya oleh aku sehingga raya ke 8 nie adalah KOSONG! huhuhuhuhuhuhu.

teringin nak amik pic pakai baju melayu la. ada gak amik tapi semuanya dgn muka yang blur + muka ngantuk.... hishhhhh!

selamat bekerja semua.

Sep 15, 2009

A Very Sad Day For Me.


"the images are vividly attached to my brain! Due to that i still can't sleep. At the same time i already missing her..... Al-Fatihah"


facebook status


confronting my phobia................

Sep 9, 2009

terlalu malas utk menaip!

argh aku terlalu malas utk menaip
plus got no idea nak taip pasal apa.
........
lagi beberapa minggu jer nak raya
argh aku amatlah tidak suka akan raya
kenapa?
sebab aku tak der kampung.
SEDIH!
anak jati Kuala Lumpur lah katakan.
.........
Walaupun tak gemar beraya
baju raya mesti nak beli gak kan?
just nak beli baju melayu jer kot.
igt tahun nie nak pakai warna GOLD la
.............
anyway aku malas nak menaip sebenarnya.
so sampai sini jer la erk.
Selamat berpuasa.

Aug 26, 2009

sudah la sihat dan hati pun gembira!

wah sudah sihat sepenuhnya. Tiada lagi demam, pening mahupun batuk2 manja! semuanya telah hilang meninggalkan diri aku. Yeah!! Hoooray!

Berikut adalah kronologi hari2 aku sampailah ke hari ni:

A day before puasa: JUmaat

0600: demamku bertambah teruk. Panas! terus dihantar ke HKL oleh abangku.
0700: beratur di kaunter pesakit luar. Aku orang yang ke-22!
0830: Jumpa doktor - amik darah!
0930: Jumpa Doktor balik - dia kata darah ok! (alhamdulillah) tapi dia kata




"if u have fever more than three days, i need to give you the antiviral for the influenza. Either u have it or not. But remember to finish the course. and the antiviral have some side effects and bla bla bla bla..."

0930: menjawab balik statement doktor (dalam otak jer)

"just give me the damn medicine! i don''t care about the side effects! cepat cepat!!!"

1030: amik ubat and balik umah.
1130: sampai umah + makan + ubat = tido!

ubat antiviral + ubat batuk + panadol + ubat selsema = sleeping's cocktail!

betul kata doktor tu!

ubat tu ada side effects......Damn u doktor!!!!
or suppose
damn u ubat!!!

Sabtu: Puasa 1

Sahur: bersahur, makan ubat!

hari pertama berakhir dengan aku hanya tido di atas katil. demam masih belum kebah. Tapi masih berpuasa.

mak cakap:

"ala tak yah la posa! ko dah tak larat sangat tu! g la makan"

"ala kalo orang bukak posa pun bukannya ada menda nak makan pun, kalo setakat kobis, ikan mentah baik tunggu buka "

berakhir aku dengan posa yang penuh....amin.

stil ting tong!

Ahad: Puasa kedua

sama seperti hari sabtu.....

Isnin: sudah mulai sihat!

selasa: sihat sepenuhnya tapi still on meds

rabu: melompat gembira! sebab semua ubat antiviral dah habis. Hooooooray!!!


masih belum ponteng puasa..hehehehe

anyway thanks kat mereka yang bertanya khabar...... :)

& selamat berpuasa!

Aug 18, 2009

Demam

aduh..kepala aku rasa macam nak meletup! Badan rasa macam dalam oven! suara dah tak macam manusia. huhuhuhu. simptom apakah?

Demam ya. hari nie dah masuk hari ke-2 aku demam. Cuma hari nie dah ok skit compared to sunday nite <----1st day kena demam. Kebetulan aku baru balik dari S.J hari sabtu tu. Pastu g hangout kat Canai S.J with cousin-cousin ku + sempat dating jap later that nite. hahaha.

so adakah berbaloi aku demam skang nie? <---sgt berbaloi! hahahaha. sempat dating! walaupun diganggu oleh sepupu-sepupu! hahahaha.

semalam aku suppose stat keje! yup aku skang menunggu sehingga bulan 12 utk viva tesis. so sementara menunggu itu, aku perlulah mencari duit utk terus hidup. kalo xder duit cam ner nak g dating? hahahaha. tapi akibat demam aku pun mintak postpone tarikh masuk aku! ashhhhh!!

Pagi2 semalam aku pegi HKL. sebaik sampai jer aku rasa dah macam masuk Zon Perang dah! Ramai giler orang kat sana! dengan muka2 masing yang sedang kesakitan! pastu bilik doktor dah macam super full..... kalo letak askar+senapang kat situ, aku rasa dah sebijik mcm zon perang!!! wahahahahahaha

hmm..lepas amik darah n cek semua, aku xder h1n1. tapi doktor suh datang balik after 3days if tak sihat lagi...huhuhuhuhu

penat! sudah mau tido la....huhuhuhu

jagalah kesihatan ya kawan-kawan ku!

btw happy birthday to all august babies! including my mom!
owh n that special someone! hahahahaha ;)

"mak orang sayang mak!"

:)

Aug 15, 2009

Better Left Unsaid










.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












p/s: tgh browse n3 yg lama2, nampak plak pic nie. suka! hahahaha

Aug 13, 2009

Cit Cit Cit Tolong Aku!

Sabtu yang lepas, kawan aku ajak la aku pegi karok! Nak asah bakat katanya..hahahaha. Kitorang berempat pegi la berkarok kat kompleks mutiara yang dekat Jalan Ipoh. Untuk pengetahuan semua, kat situ harga untuk berkarok adalah sangat murah. Kitorang karok selama 4 jam + satu jug besar air + satu cawan besar air, hanya rm13 sekepala!!! MUrah kan?

anyway bukan nak cerita pasal pegi karok, tapi nak citer pasal kejadian yang lepas kami berkarok! Selepas berkarok, perut pun terasa lapar! So kalo dah rasa lapar, kitorang pun pegi la makan...n decide nak pegi kg.baru untuk makan! Kalo dah masuk kg.baru tu memanglah lakhnatnya la parking dia!!!

bla bla bla bla <---------citer pasal nak carik parking!

akhirnya makan kat satu kedai nie. Nama kedai ni "Stable Steak House" yang kat sebelah elevated highway tu...duduk la kat luar.. sedang tunggu makanan lepas order.

Tiba-tiba:

"Cit Cit Cit Cit" <-----terus toleh kat tepi!



CIT CIT CIT......TOLONG LAH AKU WEH, AKU TERBALIK NIE!!! PERUT AKU BESAR SANGAT!! TOLONGLAH PUSINGKAN AKU BALIK!! CIT CIT CIT!

DIA ngah terbalik! ngah cuba nak gulingkan badan dia!! Aku rasa dia tersadung kat jeriji longkang. Pastu dia bunyi lagi!!!


CIT CIT CIT CIT CIT <----mcm ngah distress la!!! cubaan minta bantuan kot.

Lepas beberapa saat dalam posisi terbalik, DIA dapat pusing and terus berjalan ke arah meja aku. mcm nak balas dendam kat aku sebab tak mau tolong dia!!!...aku apa lagi!!!!


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!
terus menjerit mcm nenek tua!
Jerit Lagik
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!



pastu makin aku menjerit makin dekat si babi nie datang!!! kaki aku dah letak atas kerusi. sambil muka panik...terus Jerit

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

pastu selepas si babi tu terus mengalah!!! terus hilang kat celah-celah pasu bunga!!!

dah habis panik mode, aku tengok orang kat sekeliling dulu. Pemilik kedai (3 orang, masing tersengih-sengih!), pastu ada satu family ngah makan pun tersengih manja!. pastu ngan kawan-kawan aku gelak yang sikit punya tak ingat dunia, aku terus blushing malu!!!

jatuh saham aku masa tu..hish hish hish hish!!!!!

p/s: tikus babi tu lebih besar dari anak kucing! Celaka tul la tikus tu....ish!!!!!!!!!!

aku sangat geli sama tikus!

Aug 12, 2009

TRUE BLOOD


wah aku sudah naik gila sama cerita nie. Boleh sampai tahap menggeletar la!!!! wah ha hahahahahahaha. AKU peduli apa? AKU SUKA GILA SAMA CERITA NIE!!!!!

aku dah tulis pasal cerita nie kat blog aku yang satu lagi... so kalo korang nak tahu pasal cerita nie dengan lebih lanjut silalah kesana erk!

agusted:blog!

aku tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan aku terhadap cerita nie. Tapi apa yang pasti aku sanggup beli buku dia just nak tahu apa yang jadik next! hahahahahhahaha

membaca amalan yang mulia!



gigih mencari buku!

anyway nie skit sedutan season 2...

wah suka gilerrr~~~~~~~~~~~~~~~~~~













Sebab terlalu excited! Sampai terkencing!!! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

p/s: promote blog sendiri gak! agusted:blog!

TALEnTIME



TALEnTIME Hit cinemas again! Rescreening august 13th onwards.

best2 nie. dapat tgk akhirnya. masa dulu tak sempat tengok.
yeah!!










P/S: AL-FATIHAH UTK YASMIN AHMAD!

Aug 11, 2009

Sorry Sorry!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.





bosan lah tak tahu nak update pasal apa? so bila dah tak der idea, kita melayan ajer la lagu erk! hahahahahaha

p/s: alahai masih lagi ker? hmmmm. BORING!!! sila dapatkan hidup ye!!

p/s lagik: aku sudah pandai wat auto-post!!! n3 minggu nie semua dah disiapkan weekend yang lepas. termasuk yang nie jugak! hahahahahahaha

Aug 10, 2009

Better Left Unsaid





.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.






p/s: terlalu malas utk menaip!!

Aug 6, 2009

What have i done ?!?

apa perasaan korang biler korang pegi date dengan sumbody yang korg suka yang korg giler admire and lepas tu korang nyer date went totally wrong! Pernah tak?

Aku pernah! hish pengalaman date aku yang lansung aku tak boleh lupakan...memang suwei la. macam nie la citer dia....

kitaorg jumpa kat Mall A. hmmm...aku sampai dulu. awal 30minit kot. dia datang. Terus jumpa dia. Greet semua la. pastu borak2 kosong sambil carik2 kedai nak makan. masuk kedai makan n kitorang makan pun makan. lepas 2 bla bla bla bla.............(terlalu malas aku nak citer!)

lepas 2 dia nak ajak teman g beli baju. aku pun ikutlah.

masa dia nak beli baju 2, aku tengok uih bukan main banyak lagi dia amik! siap ngan kasut2 lagi dia try.

dalam hati aku
"uik giler kaya budak ni!"

mana taknya dah ler harga sehelai tshirt kat situ lebih kurang Rm160++. Yup sehelai Rm160!!!

pastu dengan kegatalan tangan aku, aku pun nak ler msg kat kawan aku. Nak meng"inform"kan kat kawan aku <----kawan aku nie la yg responsible canonkan aku ngan si polan!

"weh aku rasa, Si Polan nie kaya Gila la! Ko nak tahu amik baju macam amik udara jer!"

lepas 2 pun dengan gopoh-gapahnya aku pun send la....Yang menjadi masalahnya aku tersent msg tu kat Si POlan!!!!


ADUHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

terus PANIC JAP! <-----masa 2 dia dalam fitting room. ngah try baju!



masa tu rasa nak jer aku tarik sorang sales assistnt kat kedai tu n terus peluk kuat-kuat sambil jerit : What have i done! OHHHHH NOOOOOOOOOOO~~~~

bila dia kuar jer dari fitting room tu dia tengok aku n terus "wink" ;) kat aku! hehehehe. terus cair! hahahaha. after that aku pun mintak maaf lepas salah antar msg tu and dia pun cakap:

"No worries! len kali kita kuar lagi erk?"


OK!

Aug 4, 2009

Kalo Rasa Panas?


Kalo rasa Panas, apakah yang patut korang buat?

ok sebelum nak jawab soklan tu, nak citer skit pasal kisah hari ahad pagi yang lepas!


Ahad; 1.32 a.m

waktu tu baru nak masuk tido. Dah siap2 nak tido dah nie....tiba-tiba:

toot toot toot!!!! <----bunyik hanpon.

uik sapa plak call aku pagi-pagi buta nie? sambil tengok screen hanpon! owh si polan!!! Si Polan pun bunyi:

Si Polan: weh ko dah tido ker?
Aku: sah2 la aku ngah jawab tepon ko nie?
Si Polan: Owh ye ye.....aku nak ajak ko minum ni. Aku blanja.
AKu: Skang nie? <----sambil tengok jam! Kat ne?
Si Polan:
Q-bistro 15minit lagi aku sampai.
Aku: Ok2

so aku pun pergi la ke Q-bistro! sampai dulu..pastu member aku tu sampai n terus borak2.
dia bagi tau yag dia baru pindah rumah. Dia duk tingkat 16!

Si Polan: Ak baru pindah rumah..ko tahu kan?
Aku: ha ah..
Si Polan: Eh rumah baru aku tu panas la..walaupun tingkat 16. Macam mana nak buat erk?



Ko amik air semayang g semayang. Yang panas tu bukan umah ko tapi badan ko sendiri. Penuh ngan dosa!!!

Si Polan: CIbai!!!!
Aku: hahahahaha.....

p/s: so pada mereka yg rasa dah stat panas 2, g la tunaikan apa yang patut! hahahahahaha. Tiba2 baik plak aku nie. itu jer citer aku...hahahahahaha

Aug 2, 2009

Ello - Masih Ada


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











hari-hari ku lewati
hanya sendiri tanpa kekasih
tapi tetap ku nikmati
indahnya hari tanpa tambatan hati

reff:
aku ingin menjadi
setitik awan kecil di langit
bersama mentari
walaupun ku sendiri
tapi aku masih ada
masih ada cinta di hati

kadang aku merindukan
merindukan sentuhan
sentuhan wanita

ingin ku curahkan semua
semua hasrat di jiwa
yang t’lah lama ku pendam

repeat reff

hari-hari ku lewati
hanya sendiri tanpa kekasih
walaupun ku sendiri
tapi ku masih bisa bahagia

repeat reff


wah aku sukak gilak sama ini lagu!!!!!

Jul 31, 2009

Better Left Unsaid!



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Borak Ngan Parim!

semalam kuar g tgk wayang sama parim ngan E.

lebih kurang kul 730pm bersiap sedia nak kuar g mines. tiket tgk wayang kul 920pm. mandi, berak, minum, pakai baju, spray perfume, dah ensem2 nie...otw nak g amik kunci rumah kat depan tv <---mak aku ngah baca surat khabar kat coach depan tv.

HA KO NAK PEGI MANA MALAM-MALAM NIE? <----cuba nak perli aku. walaupun dia tahu aku nak kuar..
ooooooowh~~~~~ orang nak g tgk wayang jap. member ajak.


BAGUS SGT LA KO NIE! ORANG MALAM JUMAAT NIE PEGI SURAU! BACA YASSIN! KO? BAGUSSSSSS!!! BAGUS!

oooook la mak! g dulu....daaaaaaaaaaaa terus lari kuar dari umah!!!! <-------hati sangat terluka time nie!



ok itu jer la setakat nie. malas nak taip. hehehehehehe

p/s: langsung xder kena mengena tajuk entry hari nie. hahahahahahaha

Jul 30, 2009

Mak, Orang Nak Kawin La!

huhuhuhu...nak kata sedih, tak jugak! Nak kata gembira pun, tak jugak! tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan bila dapat tahu kawan-kawan yang rapat ngan aku time skolah dulu mahupun time degree mula tepon nak mintak alamat umah! nak antar kad kawin! huhuhuhuhu sedih2! sedih bukan sbb diorang nak kawin tapi sedih sbb aku makin tua! hhuhuhuhuuhuhuhuhu.

OWH TIDAK!

baru tadi dapat tahu yg classmate aku nak kawin! Si Polan! Si Polan nie dah ler duk sebelah aku time skolah dulu. 2 tahun turut-turut duk sebelah aku! sama2 naik atas meja time tak hafal surah al-mukmin! <----benci gile time subjek agama! ustazah tu asyik aim aku jer....sikit2 aku! kena lempar kasut kat belkoni bila dapat markah skit! sama2 tiru keje skolah! uissssssh

Si Polan ni nak kawin plak dengan classmate aku yang lain (Si Polan B). Si Polan B pulak sama-sama ngan aku jadik pustakawan....huhuhuhuhu.. kawin gak ko erk! aku tah tunngu anak ko akhil baligh kot aku kawin. huhuhuhuhuhu SEDIH!

last weekend aku dapat mesej! lagi menyentuh jiwa...

teng teng teng teng <-----bunyi mesej aku!

Syukur Alhamdulillah, Selamat Semuanya, baby boy yang comel, 3.2kg, 10.06am, 25/7/09 awal sehari dari b/day mamanya. (smiley, :) ) frm: Si Polan C & bini Si Polan C.

aduh...sgt la gembira. Si Polan C nie best fren aku sejak aku form 1 lagi. skang nie dah ada anak lagi...aku apa yang ada? anak buah pun xder lagi! huhuhuhuhu....

tiba2 nampak abg & adik aku berjimba depan tv! terus cakap kuat2 kat diorang!!!!

"weh korang nie bila nak kawin erk! kawin la cepat-cepat! kasik aku anak buah!!! aku xsabar nak men ngan baby nie!!! CEPAT!!!!!"

lepas dah marah abg n adik aku...kononnya nak cakap kat mak aku la...

dalam imaginasi aku la erk!

" maaaaaaaaaaaaaaak~~~~~~" (dengan nada yg mendayu-dayu)
HA KO NAK APA!!!!! (tepat dan tegas!)
"maaaaaaaak ~~~~, mak amik la anak angkat mak! Amik yg baby!"

mak aku bangun sambil cekak pinggang! depan tivi! berdiri sambil pegang pisau yang tah tiba2 ada kat tangan dia....!


KO NAK MATI ERK! KANG AKU BUNUH KO KANG! KORANG BERTIGA PUN DAH BUAT AKU JADIK GILA!

KO INGAT BELA BABY MACAM BELA ANAK KUCING!!!!!!

TAK KUASA AKU!!!!!

KO BERAMBUS! BERAMBUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!


SO akibat daripada kebarangkalian itu, aku pun menghentikan la hajat aku utk mintak baby baru itu...huhuhuhuhu

alaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku pun nak anak! tapi sebelum nak anak kena la kawin dulu! sebelum nak kawin kena la carik sumbody yang nak kawin ngan aku! aish....pening-pening! ada sesiapa yg nak kawin ngan aku! jom kita buat anak banyak2!!!! hahahahahahaha

argh......tiba-tiba feeling-feeling nak kawin!

p/s:

Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang~~~~~~~~~ (semanja boleh).
APA DIA!
saaaaaaaaaaaaaaaaaayang~~~~ JOM KAWIN!
ish bukan kita dah kawin ker? NIKAH AJER BELOM? hahahahahaahahhaha

nakal la awak nie.....


mcm celakak!

nie entry yg ke-100! followers pun dah genap 100! HOOOOOOORAY!

Jul 27, 2009

Hari Yang Malas!

argh pagi yang malas. *sambil tengok jam* dah kul 11.17 pagi rupanya. Pagi la sangat! hahahaha. Malas betul nak bangun. <---tgh baring atas katil. aku pun tak tahu la nak tulis pasal apa. xder idea! hmmmmm?

Seronoknya jadik student! xyah bangun pagi g keje! hahahahahahaaha

pagi-pagi tadi sebelum mak aku pegi keje, mak suh aku g bayarkan bil-bil kat pos ofis bawah 2. ada macam-macam jenis bil aku tengok. ada bil letrik, bil tepon, bil internet, bil astro..hmmmmm banyak betul bil. <----banyak gila yg kena byar? tiba2 cam nak keje plak!

apalagi? hmmmm...owh pagi tadi dapat mesej dari org yang aku xkenali! 012-920**** msg dia berbunyi..."Hi agus, ngah wat per?" <----sila ambil perhatian, nama alam maya aku adalah agus yer! hehehehehe. so disebabkan aku slalu dapat msg macam nie *tiba2 feeling artis plak hahahaha* aku pun malas nak melayan. buang kredit aku jer balas. so aku pun terus abaikan. Yang peliknya mana lah diorang dapat No. aku nie? Pening2...... habis pasal mesej!

hmmm...owh baru beberapa minit tadi tengok kak heze dah siap letak n3 baru kat blog dia. so g la baca. tapi malas nak komen. *aku lebih prefer jadik silent reader, hahahaha* pasal gathering kat tasik shah alam..pastu ada la ym ngan dia kejap. lepas aku letak status ym MALAS NYA!

kak heze : napa malas
aku : malas la
Kak Heze : yelar napa malas
aku: tah la kak
Kak Heze : mesti petani ada wat sumting nie
aku: ala macam pompuan ada period, saya ada time malas. just xkuar darah jer! hahahahaha
Kak Heze: hahahahahahaha

apalagi.....*tiba2 terdengar bunyi air dalam bilik air* owh adik aku rupanya tak g keje la..Pemalas betul la dia nie <---macam la aku rajin sangat! hahahaha.

apa lagi yang harus aku taipkan? hmmmm.... argh tak der idea la nak menulis!!! <-----akibat kurang minat membaca! haish!!!!

So moral of the story? Rajin2 kan lah membaca buku! hahahahahahahaha

p/s: facebook nie cam gampang la...aku nak masuk punya la susah! tension-tension!

Jul 21, 2009

Berak dan Rambut!

aku tak tahu sejauh mana ler kebenaran teori ni! tapi buat pertama kalinya aku dengar teori ni sepanjang 2 dekad aku hidup...

"berak banyak rambut pun cepat tumbuh!"

betul ker? hmmmm...hanya tuhan sahaja yang tahu.

aku baru jer potong rambut. akibat daripada barber 2 xfaham apa yang aku nak, dia dah terpotong rambut aku agak pendek. lebih pendek daripada apa yang aku harapkan..hishhhhh!!

kejadian potong rambut jadik waktu pagi.

aku kuar malam 2. hari yang sama aku potong rambut. Jumpa kawan2. lepak2.
dalam kete. kawan aku memberikan komen kepada aku...

Kawan A : Pendek giler rambut ko! baru potong erk!
Kawan B : tulah dah macam askar dah aku tgk!
Aku : tu lah....dia potong pendek sangat la...tapi nasib baik aku nya rambut cepat panjang...
Kawan A : Yeker? Ko nie mesti kuat berak kan?
Aku : ha? Apa kena mengena berak dengan hal rambut?
Kawan A : Yup. Makin banyak ko berak makin senang panjang rambut ko! Berapa kali sehari ko berak?

(perbualan ini dijalankan tanpa rasa segan silu!)

Aku: at least 2 kali la... KO?
Kawan A : Sama la ngan aku. Pagi sekali. Petang skali.
Aku : eh sama la...aku pagi sekali lepas bangun tido. n malam. ikut apa yang aku makan lah...

kawan B : tersipu malu!

hmmm....wat eva la...
hehehehee



p/s: so sesiapa yang ada masalah keguguran rambut n nak rambut cepat tumbuh..berak la slalu..hahahahahaha

Jul 9, 2009

TESIS KU DALAM BAHASA MALAYSIA

Aku merupakan seorang pelajar kejuruteraan di sebuah universiti yang mengangkat bahasa malaysia sebagai bahasa ilmu. Uni mana tu? ko pikir la sendiri!

Jadi kuliahnya semua dalam bahasa malaysia. Mungkin hanya beberapa kuliah saja yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara. Itu pun akibat terdapat foreigner di dalam kelas.

untuk mendapatkan ijazah , aku dikehendaki untuk menulis tesis mengenai kajian yang aku jalankan. Kajian mengenai masalah kejuruteraan dan termaktub di dalam undang-undang universiti, semua pelajar yang berasal daripada Malaysia hendaklah menulis tesisnya di dalam BAHASA MALAYSIA!


Perlu diingat, hampir 99% sumber rujukan adalah di dalam bahasa inggeris!

Beberapa soalan perlu ditanya!!!!

Jadi adakah ianya menyukarkan kerja aku?

YA!!!!!

Adakah Fakulti Kejuruteraan kami menjadi fakulti kejuruteraan paling teruk di Malaysia?

untuk pengetahuan semua....fakulti aku merupakan antara yang terbaik di Malaysia. Malah lebih baik daripada universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara! yang langsung tidak tersenarai....universiti mana tu erk? huh!
tak caya? : klik!

Adakah dengan kami yang belajar ilmu kejuruteraan dalam bahasa Malaysia menjadikan kami sebagai graduan yang tidak berkualiti?

aku rasa tidak! hampir 30% rakan2 kuliah aku sewaktu degree dahulu bekerja dengan syarikat antarabangsa. Ada yang ditempatkan di Mekah, Dubai, Arab Saudi! dan kebanyakkannya adalah anak2 melayu! hmmmmmm? dan majoritinya sudah bekerja.


Adakah aku merungut mengenai kesukaran yang aku hadapi bila nak menulis tesis?

Tidak sama sekali! aku menjadikannya sebagai cabaran! Biar pelik mana bunyinya, biar kelakar mana ayat aku itu...itu semua tidak penting!!! apa yang penting disini adalah untuk aku faham apa yang aku tulis! Aku faham apa yang aku buat! bukan buat2 faham!

Masalah Plagiat tesis?

Selesai! Kerna majoriti rujukan kami adalah dalam bahasa inggeris! kami dikehendaki untuk menulisnya dalam bahasa malaysia!

kalo nak tiru pun, kami kena translate ke b.m!!!

hmmm....apa yang penting disini adalah usaha!

kalau kita hendak blaja mengenai sesuatu, kita perlu berusaha. Tidak kisahlah dalam bahasa apa pun ilmu itu, sekiranya kita berusaha untuk memahaminya....kita pasti akan memahaminya......

boleh caya ker tulis tesis dalam b.i tanpa plagiat dari tenet? google jer...kuar la tesis ko!

kalau yg buat betul2 2, tahniah! anda berjaya menjadi seorang student!

Pandangan AKu terhadap PPSMI?
faham2 ler sendiri erk!

p.s: kalo blaja dalam b.m pun dapat pngk cukup2 makan, nikan nak blaja dalam b.i?

ayooo akak oi...jangan ler nak salahkan orang lain kalo diri sendiri tak pandai! jangan nak salahkan fakulti kalo diri sendiri xcemerlang. jangan nak kan uni kalo xpandai cakap omputih!!!

SALAHKAN DIRI SENDIRI SEBAB MALAS!!!!

AKU BANGGA JADI PELAJAR UKM!

Jul 3, 2009

Blushing la....


aku tak tahu nak taip apa sebenarnya. Kete masih blum dijumpai. Tah boleh jumpa ker tidak.
xper ler erk. kalo ada rezeki ada ler kete tu. kaloo xder hmmmm...kete baru la gamaknya! uuuuuho! <------igt beli kete boleh bayar guna spender?

"nah kak, saya punya downpayment utk Minicooper saya ni!"
"eh dik dah terlebih nie! adik dah bayar utk 2 kete ni"
"xper ler kak, yang lebih tu simpan wat blanja..."


anyway malas nak citer pasal kete lagi...Hatiku nie dah pasrah!!!!

bla bla bla bla <--------merepek utk menyatakan keadaan emosi skang! terlalu malas nak taip! :)


btw kenapa tiba2 letak pic ari lasso kat atas? hmmm sebab aku suka lagu nie...sgt sesuai ngan diri aku skang....<----hehehehehehe :)

p/s:hikmah disebalik hilang kete!


Jun 30, 2009

Kete aku hilang?


rasa cam xder perasaan jer pagi tadi.

bangun pagi ngan muka blur, konon nak g antar mak aku ke ofis. hmm..niat murni aku terbatal bila tgk kete dah xder. kete dah hilang. Masih dlm mode tenang. Call my bro, tanya dia ada guna kete and park tempat lain tak? My bro cakap xder.

mode terkejut and tension carik kete!

utk sedapkan hati, pergilah carik kete kat tempat len. menjajau jugak aku carik kete. habis satu parking lot itu aku tawaf. check plat kete one by one. tapi xjugak kelihatan kete aku itu. tekan alarm pun xder respon....ai bertambah tertekan!

perlu diingatnya aku turun nak panaskan kete around 640am so cam gelap lagi time tu. so aku pun carik punya carik sampai mak aku give up..g keje nek teksi. aku pun terus gigih mencari sampai ke blok A, B dan D.....haiiii......til 830 kot aku give up naik atas. almost 2jam gak ler....



perasaan bila dah give up.....baring atas jalan. ala-ala xmau hidup lagi!

call my bro again, suh dia g wat report polis....bla bla bla bla bla bla....

ya kete aku hilang...perasaan skang? tah ler....nak kata marah pun tak. nak kata sedih pun tak..

kalo nak maki-maki pun bukannya aku dapat apa pun. aku tambah dosa ada..hmmm....

anyway apa yang lebih menarik, aku park kete betul2 depan pak guardnyer post. but stil boleh hilang? hmmmm.....

mungkin ada hikmah disebalik kejadian kot?

p/s:kasut jogging aku & cek + buku bank pun ilang!!! huhuhuhu

Jun 29, 2009

Aku bukan seorang Model Terkenal!!!





hasil gabungan caha
ya mantap dari KTV imbi.


Minggu nie merupakan minggu yang paling sibuk aku. serius! kalau comparekan schedule aku ngan pak najib, mau terkedu dia tgk schedule aku yang overloaded ni. gagagaga. kalo schedule aku penuh, maknanya penuh juga la aktiviti aku. Tak menang tangan aku menguruskannya..belum lagi jadik artis terkenal---bapak giler poyo. hahaha

mari kita bermula dengan hari jumaat!

JUmaat (aktiviti harian di jalankan seperti biasa)

-pergi jogging....huh penat!
-malam g lepak kat NZ garden bersama reha, yana, e! ala yang kat KLCC 2.
-pastu aku wat apa erk? -----borak n borak!
-decide g karok kat KTV imbi
-karok! til 230am
-nampak eksiden kat sebelah Times Square itu. (rempit ngan Teksi kot)
-photoshoot! -feeling artis! hahahahahaha


yana, reha & E



Tetap konfiden amik gambar walaupun ramai orang pandang! Jurukamera menggunakan kamera dari jenis yang amat primitif yakni kamera hanpon.
tiada kamera besar gedabak digunakan! walaubagaimanapun kualiti gambar tidak boleh diragui mutunya...

tiba2 aku terpikir? kalo ler gambar aku diambil dengan kamera yang besar gedabak itu? adakah aku akan menjadi seperti seorang model terkenal? hmmmmm......

adakah orang ramai akan berkumpul disekeliling aku bila aku mengpublishkan picture yang diambil menggunakan kamera besar itu? semuanya masih menjadi tanda tanya...huhuhuhu!-----berangan-berangan!



oklah malas nak menaip lagi la....aku bukan suka menaip sgt!
tiada lagi kudrat utk menaip....

apa2 pun nanti aku sambung taip balik...pasal gath pulak!

Jun 22, 2009

Hambo seorang Yang Pemalas!!!!



comel sungguhlah kucing nie...dah mcm hambo duk depan TV ajo!
gagagagagaga




Malasnya Hambo nak menulis.....Hambo bukanlah seorang yang rajin untuk mengupdate blog. hambo memang pemalas. Pemalas nak mampuih!!! Tapi ada hambo kisah? Nan ado.....





Disebabkan hambo malas nak menulis panjang2...hambo pun berhenti la kat sini ajo.

btw, alangkah bestnya kalo hambo ada kucing! boleh hambo manja2 ngan dia + gomol dia puas2....


Hambo memang Pemalas!!!!

Jun 16, 2009

Aku Bukanlah Seorang Pengacara TV....i wish i was!!

Disebabkan aku skang nie super duper free, ye la tesis dah setel? Mana tak free!!!! ...so akibat banyak masa terluang, aku pun menghabiskan masa aku didepan en.television.

akibat terlalu byk tgk TV, Serius aku rasa aku boleh hafal rancangan kat TV 2 skang nie...xcaya? hmm nak wat cam ner....ada aku kisah ko xcaya?

anyway, dalam kul 11 pagi tadi aku pun bukak ler TV, channel 553...hehehehe..rancangan yang paling aku suka tgk..yakni "Don't Tell My Mother.." konsep citer ni sgt la menarik yer.. citer dokumentari...si pengacara nie akan pergi kat kawasan2 bergolak, kawasan yg dpt liputan yg sgt buruk dr Media barat dan sbgnya. Cth kawasan yang dia g : North Korea, Iran, Westbank, colombia n etc...

seronok plak aku tgk pengacara rancangan nie berjalan2...selamba jer dia...tiba2 aku pun berangan ler nak jadi journalist cam pengacara tu..nak jadik pengacara majalah dokumentari aku sendri...aku nak panggil

"Jangan Bagi Tau Mak saya ERk!"

konsep citer sama, just aku buat kat dalam malaysia ajer...nak buat kat luar. budget xcukup. ala Malaysia kan suka tiru citer2 omputih, indon, thai.....pastu result? hmmmm no komen la...

tapi akibat kekangan budget, aku wat la rancangan nie kat tempat2 yg menarik kat msia nie...contoh!


" Jangan Bagi Tau Mak saya Erk yg Saya Kat Loji Kumbahan!"

or memang kalo xder budget langsung..aku wat pasal rahsia2 yang terpendam...
cth!

"Jangan Bagi Tau Mak Saya erk saya Dah musnahkan TV dia"


utk menunjukkan bakat aku yg xseberapa nie, aku pun godek2 la kat youtube. dengan harapan ada ler video aku.....tiba2 ada plak video aku yg lama2...masa zaman muda2...hehehhehehe. (kau ada video dalam youtube?, nan ado!!!!)




nie masa kat jakarta....tahun berapa erk? lupa lor

so rasanya ada bakat ker saya nak jadik pengacara? or just hangat2 taik ayam jer? or simpan aja niat nak jadik glamour?

silalah berterus terang erk....

:)

btw "Jangan bagi tau mak saya erk yang saya nak jadik pengacara TV"....hahahahahahaaha

Jun 12, 2009

Aku bukanlah seorang Imam Masjid!

seru aku utk menulis kat blog sudah tiba. so rajin la jugak nak mengupdate. sebelum aku memulakan cerita kali ini, perlulah diingat bahawa

aku bukanlah seorang Pak Imam Masjid!

ini yang rutin la erk...

aku slalu jogging kat tasik. Jogging kalo weekdays slalunya petang around 5ish til 7 le. (kepada mereka yang nak jumpa aku ker? buat2 terjumpa ker? apa ker? dtg la ke tasik sekitar jam itu) xder ler aku jogging 2 jam str8! gila apa. aku hanyalah seorang beginner dalam industri jogging menjogging nie. anyway selepas park kete, minum, pakai kasut, bla bla bla bla bla (xpenting pun)

stat jogging dr tasik kecik yg kat blkang Masjid itu all the way to the main lake yang blkng stadium k.l itu. so jogging punya jogging punya jogging, sudah mulai penat, aku pun akan ke atas. taman yang berada kat atas 2. kalo xsilap aku nama taman tu taman puteri....

aku akan slalu ke taman itu utk wat senaman melonggarkan apa yang patut, hahahahaha. yang tegang mestilah dilonggarkan kan? ada betul? so aku pun masuk lah...(kalo perasan kat situ banyak pondok2 kecil) kalo xsilap aku ada around 5 biji kot...bla bla bla bla bla (aku cuba nak describe tempat itu)

so aku pun g la dari satu pondok ke pondok yang lain. dengan harapan ada ler yang kosong......tapi malangnya semua pondok itu dijadikan tempat asmaradana antara sang teruna dan si dara (dara ke? no komen!).....bila aku lalu jer...tersipu2. lap mulut la, tiba2 jauh bagai...aik budak2 nie...

apa yang menyedihkan hati aku adalah semua budak2 yang duk situ budak melayu. dan apa lagi yang amat menyedihkan budak pompuannya semuanya bertudung! haiiiii budak2 nie..kalo dah bertudung 2 wat la cara bertudung....SEDIH!

majoritinya budak2 hingusan..ala budak2 yg baru habis skolah semuanya...

nasib baiklah aku ni bukan imam masjid, kalo aku nie imam masjid kompom aku kasi syarahan kat diorang. KASIK NANAH SAMA ITU TELINGA....yang mampu aku lakukan hanyalah memberikan senyuman sinis....

.:tempat sesetengah makcik mencari rezeki:.
aku slalu buah tembikai kat makcik kete hijau 2


hai.....malulah..kalo konek n pepet tu gatal sgt pegi la buat kat tempat lain..jangan la buat kat tempat public mcm nie....haish!!!! aku xkisahla kalo ko nak main ker apa ker? tapi TOLONG CARI TEMPAT YG SESUAI!!!

mungkin tgh hangat bercinta kot..aku pun xpenah rasa bercinta so xtau apa rasanya....so nak komen lebih2 pun xreti nanti takut terkena kat diri sendiri plak....(jgn bila clash nanti nak bunuh diri bagai sudah, yela masa cinta semua benda dah kasik!....)

alangkah bestnya kalo aku nie seorang imam masjid!

btw td hujan lebat la masa aku ngah jogging....haih..lencun badan aku! terpaksa memendekkan masa berjogging!


dari dalam kete..hujan lebat sih..

p/s: harap fahamlah erk apa yg cuba aku sampai kan kat sini..sbb aku bukanlah seorang penulis yang baik!

Aku bukanlah seorang PM mahupun artis glamour!

argh sudah hari jumaat, aku suka hari jumaat. aku pun xtau sebab apa aku suka hari jumaat? hmmm mungkin sebab hari jumaat nie adalah penhujung hari bekerja kot. tapi aku bukannya bekerja pun? hala hala halaaaaaaaa......xkisah ler yang penting hari jumaat best.

aku nak citer pasal hari semalam la..hari khamis. perlu diingat yer..aku bukan En. ARTIS. aku xpunya photoshoot session, xpunya plan yang super grand! dan Schedule aku juga tidaklah sepenuh Tuan Perdana Menteri ye.. aku just very common punya manusia...

apa erk?

owh, semalam lepas aku balik dr bangi menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan di fakulti, lepas aku lunch di kedai mamak kegemaran aku di sek 15 itu (sukalah sangat!), aku pegi la ke midvalley seorang diri. Ya aku pergi sendiri. perlu diingat, aku bukanlah seorang yang suka keluar bersendirian! mati kutu la kalo kuar sendiri ni!


sesudah berlari2 manja di tasik!
:)

so aku pun pergi la ke midvalley..rancang nak beli short. utk aktiviti petang ku. Lari-lari manja di tasik permaisuri. hahahaha. :). so sesampai nya aku di midvalley, hanya tuhan yang mengerti perasaan aku time tu, ramainyer la umat manusia!! menimbun2 kete nak masuk mid.

so disebabkan mid nie cam pelik sikit, ko kena tawaf satu blok 2 seblum jumpa parking, aku pun tersekat la dalam kesesakan yang melampau (kalah weekends kot). semua parking kat mid tu penuh!! FULL! PARKING NAN ADO! yang tinggal hanya satu zon jer. ZON B kat the gardens!
itu pun tinggal around 200++ jer. Maka berjengkaut-kautlah kete nak kesana! so bertambah sesak lagi la.....CELAKAK!!!!!!

nasib baiklah sempat.... pastu amik tiket, bla bla bla bla bla
. parking susah nak mampus! tension jap! alangkah bestnya jadik artis ataupun perdana menteri!

pegi beli short kat kedai Why pay more....kat aras atas sekali 2. sebelah GSC . Sesat carik kete. panik kejap! jumpa kete, stat enjin n terus balik.



nie la short baru yang aku beli itu. sgt super selesa.
:)

sampai umah tido! penat! panas! Jam 430 bangun. Bukak facebook. Pegi Jogging kul 5. KUl 7 balik!


dah habis citer...itu jer..
kan aku cakap kehidupan aku nie xsesibuk perdana menteri dan tidak seglamour artis! biasa jer!
hahahahahahahhaa


p/s: nanti nak citer pasal tasik la... :)

Jun 5, 2009

Rajin Plak Aku....

xtau ler..tiba2 rajin plak nak update blog

setiap orang ada cara tersendiri nak handle stress masing2.
ada yg kuar ngan member dengan harapan dpt lupakan masalah
ada yang pegi makan
ada yang pegi kuar tried to have fun
ada yang pegi melalak
dan ada jugak yang convey dia nyer stress to sumting else.

as for me

i just need to be left alone! no cliche remarks, no typical comments
no the usual "sabar lar", no common advise

i just need some "me" time
a timeout for myself


btw bukanlah niat dihati nak put aside our friendship
but i just need time to gather back my mind


itu aku la kalo aku ngah stress
having fun is not an ideal stress release method for me..
definitely not

how about you?



Confess Your Love!



pernah buat something yang susah....sampai kelu lidah nak berbicara?

mengongfesskan feeling kat somebody...

uigh..let me tell you this!!! sangatlah sukar erk nak cakap yang kita ada feeling kat sumbody. uigh...terbelit2 la jugak lidah nie nak cakap. *membuktikan aku bukanlah seorg whore!

anyway mengongfesskan feeling akan menjadi lebih mudah sekiranya:

  1. korang memang xder feeling. korang rasa diri korang itu adalah tumbuh-tumbuhan. so xperlu la nak konfess.. just lepaskan spora korang utk membiak. and kalo rasa horny just g gesel kat pokok2...betul?

  1. xperlu susun kata2 puitis yang lagi romantik utk membuatkan si dia cair dengan kata-kata. n kepada mereka yang sgt sukar nak susun kata2 aduh. sangat lah kesian erk. kan lebih senang just bau chemical yang telah dihasilkan oleh badan kita..yang menunjukkn kita nie amat berminat ngan dia. ALa mcm binatang2 kat luar 2...kan bila time musim mengawankan si betina akan merembeskan sejenis chemical yang akan attract si jantan! * kalau dengar kata2 puitis aku habis terus jadik beku lebih beku dari kutub selatan! sbb aku langsung xpandai nak susun kata.....
the power of love!!!
  1. just tgk mata dia n dia faham yang kita minat kat dia..

  1. xder reject mereject....it's gonna be a very happy planet la..

p/s: lega skit..but stil got mixed feeling about it! hmmmmm?

Jun 3, 2009

some people are just plain stupid !!!!!


some people will still judge you even thought you're trying to change!!! They will definitely shove you with some stupid comments..Oh come on people!!! give me a break!! FUCK!


ini adalah statement yang begitu general. tidak ditujukan kepada sesiapa pun..tapi kalo terasa maaf ler erk..

Jun 2, 2009

Konvo!

dalam sejak dua menjak nie. dalam menunggu tarikh utk viva, aku mula la berangan-berangan mengenai majlis konvo aku. dan yang pasti bukanlah bulan 8 ni. dah xsempat la. mungkin tahun depan kot. insyallah kalo xder aral melintang.

aku amatlah berharap konvo yang akan datang nie, aku nak tangkap pic ngan family aku. konvo yang lepas xsempat amik pic pun. amik sedikit la sangat. hai xder kenangan mengenai hari bersejarah itu. nak dijadikkan cerita yang lebih menyedihkan, pc aku dimana semua pic konvo aku disimpan telah dicemari oleh Encik Virus!! Habis kena format balik..maka hilang la semua pic konvo aku itu! DAMN U VIRUS!!!

namun yang demikian, aku pernah upload pic2 konvo aku kat myspace and friendster....so yang nie jer yang terselamat....huhuhuhuhuhu..sedih!!

oh lupa plak..konvo nie adalah pada tahun 2007..argh kurus nya aku masa ni...


mana satu aku? hehehe. berkumpul sebelum sidang bermula.

bersama pian. Skang nie dah jadik Kapten Pian.
hehehehe.


kawan2 yang datang sama konvo...

super large spongebob....suka giler sih!



tah moto sapa tah nie...feeling jadik rempit jap.

p/s: tahniah kepada yang akan konvo....