Save A Pokok dot Com
Sangat Malas nak Menaip!

Oit...

10:05 PM
Sudah berapa bulan erk aku tak update? terlalu lama kot. aish nafsu nak menulis hilang la....hilang sebab banyak masalah dengan personal life. Tapi worry no more, nafsu menulis datang kembali. even though masalah tak settle lagi...hahahahaha.

anyway aku nak citer apa erk? sedang berfikir! Masih berfikir! Memikir dan terus berfikir.............

tak idea lah nak tulis pasal apa....hahahahahahahaha



aktiviti mencapap depan kamera
:)


p/s: blog yang satu lagi pun dah ke laut gak..... klik sini
Read On 2 comments

Public Transportation S.U.C.K!

8:17 PM
Selepas beberapa kurun tidak menjejakkan kaki kat fakulti a.k.a neraka duniaku, aku terpaksa menghadirkan diri aku kesana. Menghadirkan diri selepas mendapat panggilan hangit dari S.V aku.

S.V : Wahai Manusia, Kamu perlu menghadirkan diri ke Ofis saya hari ini juga. Wahahahaha
Saya: Maafkan saya, Tapi siapakah kamu?
S.V: Oh lupa plak saya nak mengenalkan diri saya, Saya adalah Supervisor kamu! Dr. F. Wahaha
Saya: Owh Dr.F rupanya. Kenapa perlu saya hadir ke sana ya?
S.V: Saya ada beberapa perkara yang ingin saya bincangkan dengan kamu. Makanya silalah hadirkan diri kamu ke sini hari ini juga!
Saya: Wah nampaknya begitu penting.
S.V: kalau tidak penting saya tidaklah menelefon awak!
Saya: Baiklah S.V ku, saya akan kesana sekarang juga.

Perjalanan ke Uni Ku sangat memenatkan! Public Transportation kat Malaysia nie. Capital S. Capital U. Capital C. Capital K. With BOLD exclamation mark. ---bukanlah nak merungut. just bagi tahu jer.

Saya: Assalammualaikum.
S.V: Owh kamu...lama saya tak nampak?
hati kecilku: aku sebenarnya malas nak jumpa. sebab aku tahu bila aku jumpa ko memang akan bertambah masalah. huhuhuhu.

Saya: What seem to the problem wahai S.V?

S.V: owh begini, bla bla bla bla bla bla -------sudah semestinya dia sedang menjelaskan masalah yang akan menambah beban dalam hidup aku.

hati kecilku: seperti yang ku duga. Kerja yang aku anggap telah selesai masih belum selesai rupanya. Terlalu banyak pertambahan yang diminta. katanya atas nama Kualiti!

hati kecilku 2: Damn u kualiti!

Saya: Owh baiklah. Akan saya usahakannya secepat mungkin!
hati kecilku: Damn u! Menyesal aku datang! huhuhuhuhu

makanya officially beberapa plan asal akan berubah. Terpaksa reschedule kan beberapa perkara mengikut kehendak masalah baru nie. hai dugaan dugaan.

p/s: apa yang hendak disampaikan adalah lebih penting daripada perbualan sebenar. waahahahahaha
Read On 4 comments

selamat hari raya.

9:41 PM
APa yang perlu aku tulis erk? Hmmmm.....oklah something yang basic-basic jer la. Basic2 cam ner? Ala skang nie kan ngah mood berhari raya. So Pertama-tamanya ingin mengucapkan

selamat hari raya aidilfitiri kepada semua. Maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalo ada tersilap bahasa ker, harap di ampunkan la erk!

SElamat Hari Raya Aidilfitri

Yang keduanya. Kalo dah dalam mood hari raya nie. Mestilah kena citer pasal hari-hari ynag telah dilalui dalam bulan syawal nie kan?

Untuk pengetahuan semua. Raya tahun 2009 is officially THE WORST RAYA EVER! there are some few reasons.

Reason numbre UNO: i just hate hari raya! Don't ask y?
Reason no 2: Nenek aku meninggal 4 days b4 hari raya
Sebab ke 3: Langsung tak pegi beraya kemana2 pun. Not even ke umah sedara mara.
Faktor 4: K.L sungguh bosan

itu jer la yang dapat difikirkan. so akibat daripada itu, tahun nie keluarga aku pun xder sambut over-over pun. Sebab masing2 tak sempat wat preparation raya. Kononnya nak wat last minute. lepas sembahyng raya terus balik umah makan n terus ke kubur nenek, atuk n abah. Pastu balik SEtapak, masing2 (family aku + family sedara mara) terus amik port nak tido! Masing2 nak qada tido sebab xcukup tido.

Tapi akibat daripada Reason no 2 semuanya tak buat apa2 pun. Sebab dipenghujung bulan pose aku banyak menghabiskan masa aku kat SETAPAK a.k.a kampungku. so rumah aku langsung tdk dihias. langsir pun xtukar. Ini menyebabkan umah aku tunggang langgang. So maka dengan ini, tahun nie rumah aku tak akan membuat openhouse.

Raya kedua ada wat kenduri arwah skit2. n sabtu lepas ada sekali lagi majlis tahlil arwah. Kalo orag lain banyak menjenguk ke rumah orang, aku n family menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat yang kerap kami lawati sejak dua menjak nie. xder ler pegi setiap hari. Just selang sehari. hmmmm.......

so faham2 sendirilah erk. mcm mana rasanya raya aku nie.

anyway kepada mereka yang dtg umah aku, jemputlah datang. Tapi dinasihatkan bawak kuih muih sendiri erk. Sebab buat pertama kalinya umah aku xder kuih. huhuhuhuhuhu. SEDIH JAP!

ker ada sesiapa nak sedekah kuih raya?

P/s: jumlah rumah yang telah diraya oleh aku sehingga raya ke 8 nie adalah KOSONG! huhuhuhuhuhuhu.

teringin nak amik pic pakai baju melayu la. ada gak amik tapi semuanya dgn muka yang blur + muka ngantuk.... hishhhhh!

selamat bekerja semua.

Read On 3 comments

A Very Sad Day For Me.

4:22 AM


"the images are vividly attached to my brain! Due to that i still can't sleep. At the same time i already missing her..... Al-Fatihah"


facebook status


confronting my phobia................
Read On

terlalu malas utk menaip!

4:37 PM
argh aku terlalu malas utk menaip
plus got no idea nak taip pasal apa.
........
lagi beberapa minggu jer nak raya
argh aku amatlah tidak suka akan raya
kenapa?
sebab aku tak der kampung.
SEDIH!
anak jati Kuala Lumpur lah katakan.
.........
Walaupun tak gemar beraya
baju raya mesti nak beli gak kan?
just nak beli baju melayu jer kot.
igt tahun nie nak pakai warna GOLD la
.............
anyway aku malas nak menaip sebenarnya.
so sampai sini jer la erk.
Selamat berpuasa.
Read On 7 comments

sudah la sihat dan hati pun gembira!

6:07 AM
wah sudah sihat sepenuhnya. Tiada lagi demam, pening mahupun batuk2 manja! semuanya telah hilang meninggalkan diri aku. Yeah!! Hoooray!

Berikut adalah kronologi hari2 aku sampailah ke hari ni:

A day before puasa: JUmaat

0600: demamku bertambah teruk. Panas! terus dihantar ke HKL oleh abangku.
0700: beratur di kaunter pesakit luar. Aku orang yang ke-22!
0830: Jumpa doktor - amik darah!
0930: Jumpa Doktor balik - dia kata darah ok! (alhamdulillah) tapi dia kata




"if u have fever more than three days, i need to give you the antiviral for the influenza. Either u have it or not. But remember to finish the course. and the antiviral have some side effects and bla bla bla bla..."

0930: menjawab balik statement doktor (dalam otak jer)

"just give me the damn medicine! i don''t care about the side effects! cepat cepat!!!"

1030: amik ubat and balik umah.
1130: sampai umah + makan + ubat = tido!

ubat antiviral + ubat batuk + panadol + ubat selsema = sleeping's cocktail!

betul kata doktor tu!

ubat tu ada side effects......Damn u doktor!!!!
or suppose
damn u ubat!!!

Sabtu: Puasa 1

Sahur: bersahur, makan ubat!

hari pertama berakhir dengan aku hanya tido di atas katil. demam masih belum kebah. Tapi masih berpuasa.

mak cakap:

"ala tak yah la posa! ko dah tak larat sangat tu! g la makan"

"ala kalo orang bukak posa pun bukannya ada menda nak makan pun, kalo setakat kobis, ikan mentah baik tunggu buka "

berakhir aku dengan posa yang penuh....amin.

stil ting tong!

Ahad: Puasa kedua

sama seperti hari sabtu.....

Isnin: sudah mulai sihat!

selasa: sihat sepenuhnya tapi still on meds

rabu: melompat gembira! sebab semua ubat antiviral dah habis. Hooooooray!!!


masih belum ponteng puasa..hehehehe

anyway thanks kat mereka yang bertanya khabar...... :)

& selamat berpuasa!

Read On 8 comments

Demam

10:46 AM
aduh..kepala aku rasa macam nak meletup! Badan rasa macam dalam oven! suara dah tak macam manusia. huhuhuhu. simptom apakah?

Demam ya. hari nie dah masuk hari ke-2 aku demam. Cuma hari nie dah ok skit compared to sunday nite <----1st day kena demam. Kebetulan aku baru balik dari S.J hari sabtu tu. Pastu g hangout kat Canai S.J with cousin-cousin ku + sempat dating jap later that nite. hahaha.

so adakah berbaloi aku demam skang nie? <---sgt berbaloi! hahahaha. sempat dating! walaupun diganggu oleh sepupu-sepupu! hahahaha.

semalam aku suppose stat keje! yup aku skang menunggu sehingga bulan 12 utk viva tesis. so sementara menunggu itu, aku perlulah mencari duit utk terus hidup. kalo xder duit cam ner nak g dating? hahahaha. tapi akibat demam aku pun mintak postpone tarikh masuk aku! ashhhhh!!

Pagi2 semalam aku pegi HKL. sebaik sampai jer aku rasa dah macam masuk Zon Perang dah! Ramai giler orang kat sana! dengan muka2 masing yang sedang kesakitan! pastu bilik doktor dah macam super full..... kalo letak askar+senapang kat situ, aku rasa dah sebijik mcm zon perang!!! wahahahahahaha

hmm..lepas amik darah n cek semua, aku xder h1n1. tapi doktor suh datang balik after 3days if tak sihat lagi...huhuhuhuhu

penat! sudah mau tido la....huhuhuhu

jagalah kesihatan ya kawan-kawan ku!

btw happy birthday to all august babies! including my mom!
owh n that special someone! hahahahaha ;)

"mak orang sayang mak!"

:)
Read On 10 comments

Better Left Unsaid

9:56 AM









.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












p/s: tgh browse n3 yg lama2, nampak plak pic nie. suka! hahahaha

Read On 5 comments

Cit Cit Cit Tolong Aku!

10:01 AM
Sabtu yang lepas, kawan aku ajak la aku pegi karok! Nak asah bakat katanya..hahahaha. Kitorang berempat pegi la berkarok kat kompleks mutiara yang dekat Jalan Ipoh. Untuk pengetahuan semua, kat situ harga untuk berkarok adalah sangat murah. Kitorang karok selama 4 jam + satu jug besar air + satu cawan besar air, hanya rm13 sekepala!!! MUrah kan?

anyway bukan nak cerita pasal pegi karok, tapi nak citer pasal kejadian yang lepas kami berkarok! Selepas berkarok, perut pun terasa lapar! So kalo dah rasa lapar, kitorang pun pegi la makan...n decide nak pegi kg.baru untuk makan! Kalo dah masuk kg.baru tu memanglah lakhnatnya la parking dia!!!

bla bla bla bla <---------citer pasal nak carik parking!

akhirnya makan kat satu kedai nie. Nama kedai ni "Stable Steak House" yang kat sebelah elevated highway tu...duduk la kat luar.. sedang tunggu makanan lepas order.

Tiba-tiba:

"Cit Cit Cit Cit" <-----terus toleh kat tepi!



CIT CIT CIT......TOLONG LAH AKU WEH, AKU TERBALIK NIE!!! PERUT AKU BESAR SANGAT!! TOLONGLAH PUSINGKAN AKU BALIK!! CIT CIT CIT!

DIA ngah terbalik! ngah cuba nak gulingkan badan dia!! Aku rasa dia tersadung kat jeriji longkang. Pastu dia bunyi lagi!!!


CIT CIT CIT CIT CIT <----mcm ngah distress la!!! cubaan minta bantuan kot.

Lepas beberapa saat dalam posisi terbalik, DIA dapat pusing and terus berjalan ke arah meja aku. mcm nak balas dendam kat aku sebab tak mau tolong dia!!!...aku apa lagi!!!!


ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!
terus menjerit mcm nenek tua!
Jerit Lagik
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!



pastu makin aku menjerit makin dekat si babi nie datang!!! kaki aku dah letak atas kerusi. sambil muka panik...terus Jerit

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

pastu selepas si babi tu terus mengalah!!! terus hilang kat celah-celah pasu bunga!!!

dah habis panik mode, aku tengok orang kat sekeliling dulu. Pemilik kedai (3 orang, masing tersengih-sengih!), pastu ada satu family ngah makan pun tersengih manja!. pastu ngan kawan-kawan aku gelak yang sikit punya tak ingat dunia, aku terus blushing malu!!!

jatuh saham aku masa tu..hish hish hish hish!!!!!

p/s: tikus babi tu lebih besar dari anak kucing! Celaka tul la tikus tu....ish!!!!!!!!!!

aku sangat geli sama tikus!
Read On 6 comments

Kisah P3tani?

My Photo
P3tani is my nama
Untuk pengetahuan semua, aku langsung tak pandai bercucuk tanam! apatah lagi nak menjaga kebun. Cangkul pulak dah berapa ratus tahun aku tak pegang mahupun jumpa. so aku bukan lah seorang petani. Jadi ada aku kisah? Owh one more thing... aku sangat malas nak menaip panjang-panjang..
View my complete profile

Free Blog Counter

Blog counter



ShoutMix chat widget

Followers