Mar 20, 2009

3 tips mudah untuk naikkan perut berat badan


tips yang disediakan adalah amat bersesuaian untuk diamalkan bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan. bagi mereka yang kurus keding melidi terlalu kurus dan ingin menaikkan perut berat badan. sekiranya anda ikut petua ini nescaya badan anda pasti mempunyai curve. dan kepada mereka yang kembang semangat, jauhilah petua-petua dibawah...



Petua 1

korang kena tukar motto "makan untuk hidup" kepada "hidup untuk makan". jangan tinggalkan mana-mana time makan. setiap time makan adalah amat penting. dari sarapan, kudapan, lunch, brunch, tea-break, dinner dan supper mestilah diambil. tambah portion makanan korang pada setiap time makan. sebagai contoh sarapan..adalah tidak salah untuk makan nasi campur pada waktu pagi. dinasihatkan pada korang sentiasa makan makanan yang berlemak dan berminyak.
dan ini merupakan kaedah yang paling penting! SUPPER! MAKAN LEWAT MALAM! SENTIASA MAKAN LEWAT MALAM. LEBIH LEWAT ADALAH LEBIH AFDAL. ------kegunaan maple!

semasa direstoran, perlu diingatkan....sentiasa order air suam bergula. air seperti coca-cola amat amat digalakkan. Pagi petang siang malam hanya minum coca-cola....

sentiasa ingat, makanan yang dimakan perlulah diulamkan dengan air. diulam?
maksudnya makan diselang selikan dengan pengambilan air. satu suap satu teguk air!

lagi satu..sila amalkan sifat2 seorang pelahap!!!
makan dengan gelojoh dan sebanyak yang mungkin dalam masa yang tersingkat.

Petua 2

Tido! lepas makan, lepas perut dah kenyang adalah sangat sesuai untuk tido. aktiviti yang paling mudah untuk dijalankan.

makan, tido, makan, tido, makan, tido, makan, tido = berat badan

kita perlu tido walaupun kita tak penat. tingkatkan masa korang tido. dari masa yang afdal 8jam sehari ke 18jam sehari....korang hanya perlu bangun dari tido untuk makan sahaja.

Petua 3

kurangkan aktiviti luar. Dinasihatkan JANGAN BERSUKAN. JANGAN BERJALAN LEBIH DARI 1KM, JANGAN MENGAMBIL BENDA YANG BERAT-----Boleh dirumuskan JANGAN MELAKUKAN AKTIVITI YANG BOLEH MENGELUARKAN PELUH.

apa yang korang perlu lakukan adalah amat mudah. ianya hanya sesuai dilakukan di dalam rumah sendiri mahupun di dalam bilik sendiri. duduk didepan tv sampai naik lebam mata korang. cuba hafal rancangan-rancangan yang disiarkan ditv dengan harapan korang akan dikenakan kuiz mengenai rancangan2 di tv . cuba bayangkan anda digelar sebagai Intisari Rancangan Bergerak.....best wat?

selain daripada itu sila gunakan fasiliti yang telah disediakan secara maksimum dan kurangkan penggunaan tenaga korang. gunakan lif, escalator sebaik mungkin. jangan sekali-kali menggunakan tangga. gunakan lif walaupun hanya ingin naik ke tingkat 1.



ikutlah petua2 diatas...pasti perut korang akan bertambah comel. mungkin korang akan mula membeli baju-baju orang mengandung walaupun korang lelaki.

tips untuk menentukan samada korang kurus atau tidak?
berdiri tegak. cuba lihat jari2 kaki korang? nampak? kalo nampak anda masih lagi kurus jika tidak.....sila jangan ikut petua2 ni..nescaya korang pasti akan mati pergi lebih awal....

.:semua ini adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan juga rakan:.

selamat mencuba...

MySpace


p/s: sesuai bagi mereka yang mengidamkan cancer, diabetes dan semua penyakit yang berkaitan dengan obesiti...



(20.03.09)

11 comments:

fizzzy Ian said...

oh..not a good tips for someone who suffer overweight excess baggage (like me!)hahahaha.

terus kena heart attack!

farish izaryl @izreez said...

hahaha petani..nk cube laa.yelaa rizzz kn da digelar papan plewodd dri dak2 putus fius ni hahahar...

Unknown said...

hahhahahaha

incik...
utk kurangkan berat xde ke..
muahahha

DH said...

OMG....hahaha...this is very funny...terasa aku, klu x nak gemook, jangan amalkan sume tu...hahaha
~mungkin korang akan mula membeli baju-baju orang mengandung walaupun korang lelaki~
mmg x blh nak blah....hahaha

b0b0y said...

kurus lebih dikenali sebagai kayu plewood..
wakakakaka Larikkkkk!!!

Unknown said...

wakakaka..bagus la tips ni..nanti sy akn sorkan kpd kengkawan yer...sy menjejaki kamu en.petani

P3tani is my nama said...

ye bagus2..cuba lah. mesti menjadi..ini bercakap atas dasar pengalaman diri sendiri

hehehehe

oh tdk aku sudah mulai buncit!

Luth Textile said...

wakakkaa..
aku suka..
aku nak gemok..
wakakka..

best! link me.. i link u..

Mohd Ahmad Ferk said...

aku stuju!
lagi² baru lepas kawin cam aku nie.
lagi cepat naik!
nak obes da nie..
adoyai!!

Anonymous said...

Huh..tahniah..hebat tip niey..boleh beri anugerah niey...

Anonymous said...

haha..
kalo lah aku leyh wat sume ni.
kan bagus,..
yuhooo
ak agak la kurus..
ahaha
xper2.. ak slowly je..
x macam tips ni.. bahaya btol..