Mar 9, 2009

Undi Bumi! Vote Earth!

apakah yang dimaksudkan dengan "Vote Earth"?

mengundi untuk memilih sama ada bumi atau pemanasan global? "earth or global warming"?
sekiranya anda memilih bumi tutupkan lampu dirumah, pejabat, mahupun premis perniagaan anda pada 28.03.09 pada tepat jam 8.30malam selama 1jam sahaja.

dengan menutup lampu, ini bermaksud anda telah memlilih untuk menyelamatkan bumi. <----disebut sebagai "earth hour"

"earth hour" dimulakan di Sydney pada tahun 2007. Ianya merupakan pendekatan mereka untuk menentang pemanasan global. Namun pada tahun 2008, bandar-bandar utama di dunia yang lain seperti San Francisco telah mengambil bahagian. Lampu-lampu di monumen-monumen dan juga "landmark" seperti Sydney Harbour Bridge, Opera House dan Golden Gate Bridge berserta dengan bangunan-bangunan pejabat, rumah, kedai ditutup sementara waktu.

pada tahun ini, "Vote Earth" ingin mencapai 1 billion penyertaan umat manusia untuk menutup lampu mereka.

"Unlike any election in history, it is not about what country you’re from, but instead, what planet you’re from"

makanya jika anda berasal dari Marikh, tidak perlulah anda menutup lampu sebagai tanda anda mengundi.



ambillah peluang ini untuk menyatakan yang anda peduli mengenai bumi yang kita duduki ini.
untuk maklumat lanjut klik ------------> Vote Earth

Adakah KLCC, Menara KL dan Landmark K.L akan ditutup lampunya nanti? Saya tidak pasti. Tapi apa yang pasti rumah saya, akan saya pastikan akan ditutup lampunya. Ini adalah kerana saya mengundi Bumi!!!!

MySpace

ingin saya ingatkan sekali lagi:


28.03.09
8.30 malam (1jam)

tutup lampu!!!!


together we can change the future
for a better tomorrow





p/s: pergilah register kat webpage earth hour. n bagi tau kawan-kawan yang lain. spread the luv baby....hehehehheeh




09.03.09

2 comments:

iN said...

nanti kita tutup lampu than duduk rapat2 kite citer2 hantu nak tak?

huhuhuhu...

:P

Agus Johns said...

ok2....idea yg sgt menarik...