Apr 3, 2009

Perfume : The Story of a Murderer


PERFUME : THE STORY OF A MURDERER (2006)

untuk minggu ni, aku mencadangkan kalian untuk menonton cerita Perfume ni. Citer ni mengisahkan seorang lelaki yang teramat obses dengan bau - bauan sehinggakan dia ingin membuat perfume...--dah nama citer pun perfume? kalo dia nak wat deodorant, sah2 ler citer nie dinamakan DEODORANT. click tajuk utk fullpost.



sekitar abad ke-18, lahirnya seorang lelaki yang bernama Jean-Baptiste. Si baptiste ni dilahirkan di sebuah pasar ikan. mak si baptiste ni lahirkan dia semasa dia ngah menjual ikan. extreme giler yer...lahir kat bawah kaunter ikan..bersama-sama dengan organ dalaman ikan yang disiang kuar. hasrat mak dia nak buang si baptiste ni. so dibiarkanlah si baptiste ni dibawah kaunter itu bersama-sama dengan sisa2 ikan dengan harapan ianya akan dibuang terus kedalam sungai kelak....namun dengan kuasa tuhan. dtg la seorang pelanggan ni, datang nak membeli ikan...sedang-sedang dia nak beli ikan, dia ternampak bayi kat bawah kaunter...maka terjerit - jeritlah jantan 2..."oh my god! there's baby down there!", lantas terus cuba memandang pada mak baptiste..Jerit lagi la jantan 2 lepas tgk mak baptiste lari "Catch that Murderer!!" ---kepoh betul jantan ni...hehehhee. mak baptiste di tangkap lalu digantung sampai mati....

baptiste dihantar ke umah anak yatim. over crowded giler....kat sini dia mula develop skill yg teramat hebat..iaitu boleh membau apa-apa sahaja....walaupun telur katak di dalam kolam..hebatkan? lepas 2 citer berkisar mengenai baptiste ni dijual kat kilang wat kulit...

kehidupan si baptiste mula berubah apabila dia tinggal bersama seorang pembuat perfume yang dah out of touch..laki yang dilakonkan oleh Dustin Hoffman (Giuseppe Baldini). baldi ni baldini telah berjaya mengesan bakat si baptiste ni yang hebat dalam membuat perfume akibat daripada bakat dia dalam membau benda...so si baptiste telah blaja membuat perfume dr baldini. pelbagai experimen telh dijalankan oleh baptiste ini utk mendapatkan bau2 tersebut. dari ladam kuda, rantai besi, gelas kaca mahupun kucing milik baldini juga dijadikan bahan eksperimen. namun dia masih tidak berjaya menyimpan bau-bauan tersebut.

so nak dijadikan cerita, baldini ni suh la dia g blaja wat perfume kat sebuah kampung. so kat sini la keobsesan dia terhadap scents ni diangkat ke level yang seterusnya..dia nak wat the ultimate perfume. perfume yang mampu menundukkan org..so dibunuhnya la perempuan-perempuan kat kampung tu, hanya untuk mengambil bau mereka. dia memerlukan 13 jenis bau wanita utk membuat perfume itu..maka dari anak dara sunti, sister di gereja, pelacur, kembar telah dibunuhnya...bla bla bla bla sgt la pjg lagi...penat nak taip

dia berjaya wat perfume itu. dia ditangkap kerana membunuh. sedang dia nak kena bunuh..dia letakkan setitik sahaja perfume yang dia wat dibadannya....n habis satu kampung menjadi gila...kononnya mcm berada di syurga,,sampaikan paderi besar telah beromen di tempat terbuka bersama penduduk kg lain.

dia melarikan diri..dan...ending dia sgt la best. sungguh aku xsangka sekali...perfect!!!!..aku malas nak citer ending dia..korang g la carik dvd ni..n tgk sendiri.

ada byk lagi yang nak diciterkan...aku tak tau cam ner nak summarizedkan....tgk la trailer dia nie...



selamat menonton dihujung minggu... :)

10 comments:

sparkystar said...

best ke cite nie??

Ady Syam said...

movie ni memang best... dah pernah keluar kat HBO, hero dalam citer ni memang obses sungguh tehadap bau-bauan... ending yg betul2 best sebab di luar dugaan...

P3tani is my nama said...

citer nie sgt best
:)

Hezesuze said...

eee cam best je citernye...harusss aku tonton yea...

Anonymous said...

cite nie mmg besh!!
seyesly..
walupn slow jer jalan cite nye..
:)

P3tani is my nama said...

yup citer nie memang slow skit awal2 nyer..
tapi bila dia dah stat wat perfume 2 dah mula best...
:)

Maya Ayam said...

nie antara cerita yg slalo buat aku terlelap tanpa sedar...siyes

farish izaryl @izreez said...

rizz xbce pon entry petani haha sbb rizz nk cri dvd ni mlm ni hahah taw dorg ckp bestt

OfficialAzyMD said...

i suke muV nie! huhu... sape jer yg dier tinggalkan mesT mati...

P3tani is my nama said...

yup sapa yg dia tinggalkan pasti mati nyer....

btw rizz g la carik citer nie...
++10 stars
:)