Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Apr 5, 2009

Knowing, Confessions of a shopaholic & an Accident

Serangan yang dijalankan keatas bendahari adalah amat tidak berjaya. aku bukan seorang yang pandai menyerang..tiba-tiba akak receptionist yang layan aku tu pun baik...terus tak jadi aku nak marah dia..btw dia kata aku nyer gaji masih dalam proses....hmmm nak wat cam ner? click title for fullpost



akibat terlalu kecewa dengan ketiadaan gaji, aku terus pergi menonton wayang..hahahaha. Masih gigih menonton wayang walaupun duit nan ado! lagi pun ari rabu tiket murah..6 hinggit ajo.

1st pergi tengok knowing kat mines.

agak best gak ler..berkisar mengenai detik2 kehancuran bumi. cuma ada skit jer masalah dlm citer nie..bagi aku ler...1st ada certain CGI dia nampak fake sgt..n ending dia...ughhh. potong stim betul..so anti-climax la....xnak citer la..kalo nak tau g tgk sendiri..still worth it lor..

2nd movie..gigih ni nak tgk Confession of a shopaholic plak...kat JJ Ceras selatan
what can i say? hmmm..g la tgk citer nie..sangatla kelakar......aku xtau apa nak citer...sangat kelakar...walaupun kebanyakkan pelakonnya aku xkenal....

btw, otw nak g JJ ceras selatan, ada xcdent yg sgt teruk...nak tgk pic?


sempat amik pic dalam kete..courtesy kat atas miss maya nyer camera....tak tau ler idup lagi ker pemandu kete 2? darah banyak yer...hmmm?

Apr 3, 2009

Perfume : The Story of a Murderer


PERFUME : THE STORY OF A MURDERER (2006)

untuk minggu ni, aku mencadangkan kalian untuk menonton cerita Perfume ni. Citer ni mengisahkan seorang lelaki yang teramat obses dengan bau - bauan sehinggakan dia ingin membuat perfume...--dah nama citer pun perfume? kalo dia nak wat deodorant, sah2 ler citer nie dinamakan DEODORANT. click tajuk utk fullpost.



sekitar abad ke-18, lahirnya seorang lelaki yang bernama Jean-Baptiste. Si baptiste ni dilahirkan di sebuah pasar ikan. mak si baptiste ni lahirkan dia semasa dia ngah menjual ikan. extreme giler yer...lahir kat bawah kaunter ikan..bersama-sama dengan organ dalaman ikan yang disiang kuar. hasrat mak dia nak buang si baptiste ni. so dibiarkanlah si baptiste ni dibawah kaunter itu bersama-sama dengan sisa2 ikan dengan harapan ianya akan dibuang terus kedalam sungai kelak....namun dengan kuasa tuhan. dtg la seorang pelanggan ni, datang nak membeli ikan...sedang-sedang dia nak beli ikan, dia ternampak bayi kat bawah kaunter...maka terjerit - jeritlah jantan 2..."oh my god! there's baby down there!", lantas terus cuba memandang pada mak baptiste..Jerit lagi la jantan 2 lepas tgk mak baptiste lari "Catch that Murderer!!" ---kepoh betul jantan ni...hehehhee. mak baptiste di tangkap lalu digantung sampai mati....

baptiste dihantar ke umah anak yatim. over crowded giler....kat sini dia mula develop skill yg teramat hebat..iaitu boleh membau apa-apa sahaja....walaupun telur katak di dalam kolam..hebatkan? lepas 2 citer berkisar mengenai baptiste ni dijual kat kilang wat kulit...

kehidupan si baptiste mula berubah apabila dia tinggal bersama seorang pembuat perfume yang dah out of touch..laki yang dilakonkan oleh Dustin Hoffman (Giuseppe Baldini). baldi ni baldini telah berjaya mengesan bakat si baptiste ni yang hebat dalam membuat perfume akibat daripada bakat dia dalam membau benda...so si baptiste telah blaja membuat perfume dr baldini. pelbagai experimen telh dijalankan oleh baptiste ini utk mendapatkan bau2 tersebut. dari ladam kuda, rantai besi, gelas kaca mahupun kucing milik baldini juga dijadikan bahan eksperimen. namun dia masih tidak berjaya menyimpan bau-bauan tersebut.

so nak dijadikan cerita, baldini ni suh la dia g blaja wat perfume kat sebuah kampung. so kat sini la keobsesan dia terhadap scents ni diangkat ke level yang seterusnya..dia nak wat the ultimate perfume. perfume yang mampu menundukkan org..so dibunuhnya la perempuan-perempuan kat kampung tu, hanya untuk mengambil bau mereka. dia memerlukan 13 jenis bau wanita utk membuat perfume itu..maka dari anak dara sunti, sister di gereja, pelacur, kembar telah dibunuhnya...bla bla bla bla sgt la pjg lagi...penat nak taip

dia berjaya wat perfume itu. dia ditangkap kerana membunuh. sedang dia nak kena bunuh..dia letakkan setitik sahaja perfume yang dia wat dibadannya....n habis satu kampung menjadi gila...kononnya mcm berada di syurga,,sampaikan paderi besar telah beromen di tempat terbuka bersama penduduk kg lain.

dia melarikan diri..dan...ending dia sgt la best. sungguh aku xsangka sekali...perfect!!!!..aku malas nak citer ending dia..korang g la carik dvd ni..n tgk sendiri.

ada byk lagi yang nak diciterkan...aku tak tau cam ner nak summarizedkan....tgk la trailer dia nie...



selamat menonton dihujung minggu... :)

Mar 28, 2009

The Pianist


The Pianist (2002)
aku xnak wat review mengenai citer2 baru kat wayang. aku nak review mngenai citer2 yang aku suka tgk. aku nie bukanlah seorang pengkritik, so jgn la harap nak dapat kritikan yang ilmiah. Just ikut selera aku jer....just cadangkan supaya g carik dvd nie n tgk citer nie.
click tajuk atas utk baca full post! link kat bawah hilang ler...pening kpala.



the pianist ni mengisarkan kisah seorang pianist (pemain piano) yang bernama Wladyslaw Szpilman ----susah betul nak eja nyer..nak sebut? ayoo lupakan ajo! yang hidup pada zaman pemerintahan nazi kat poland. Btw si sepilman szpilman ni seorang yahudi. So kalo dah Nazi and yahudi sah-sah ler citer pasal zaman Holocaust. Aku xnak ler citer mengenai kekejaman pihak nazi terhadap orang2 yahudi ni. (membuatkan aku teringat pada kekejaman pihak yahudi kepada orang islam kat palestin)......

masa kat warsaw, si sepilman ni keje kat station radio. kat situ dia main piano bagai la. masa kat situ, dia ada kenal ngan seorang minah nie. minah nie bukanlah seorang yahudi. minah la nie la yang banyak tolong dia...sorokkan si sepilman nie dlm apartment bagai berbulan-bulan lamanyer. apartment tu terletak kat dlm kawasan german (so now jews allowed!). pastu last2 ada jiran yang mulut kepoh chi g tau askar nazi yg ada yahudi kat blok dia. kantoi la..lari la si sepilman nie menyelamatkan diri.

dalam dia nak meyelamatkan diri ni, dia pergilah meyorok kat satu umah agam. Nak dijadikan citer masa dia ngah nak lepak2 kat umah 2..dtg la pulak seorang kapten nazi nie Wilm Hosenfeld kat umah tu. kantoi!!

namun yang demikian, si hosenfeld ni terpegunlah pulak tgk si sepilman ni main piano..ala - ala kaget tengok bakat yang dimiliki sepilman ni. berair si welfeld tgk sepilman. so dijaganya lah sepilman ni. ala cam si sepilman ni jadik anak ikan si weldfeld la. si welfeld letak la si sepilman nie kat attic and bagi makan kat sepilman nie slalu...btw umah yng diorg duduk tu skang dijadikan headquater askar nazi...bla bla bla bla ----banyak lagi...malas nak citer.

last2, askar russia dtg, pihak nazi berundur...si sepilman ni pun selamat.

aku bukanlah seorang yang hebat dalam kritik filem ker apa? tapi bagi aku citer nie sangat best utk ditgk. Bagaimana kesungguhan si sepilman ni utk terus selamatkan diri dia. Tapi bila tengok scene pembunuhan tu cuma hati aku agak gundah gulana ler...tak tahu nak sedih ker apa? nak simpati atau tidak? ---terfikir pasal kekejaman kat palestin. macam2 benda dia buat utk hidup. sorok dlm apartment yang dikunci berbulan lamanya singgahlah ke menyorok bawah pentas yang kecik semata-mata utk meyelamatkan diri dia sendiri daripada dibunuh oleh askar nazi. Kekentalan hati dia untuk hidup walaupun semua ahli keluarga dia dah mati kena bunuh and setengah kena antar kat concentration camp. ---kalo aku, aku rela mati jer. aku tak punya kekentalan cam dia.

tapi sebagai manusia, aku punya perasan belas kasihan...tak kira agama, bangsa atau apa-apa la....manusia tak patut diperlakukan seperti anjing...

btw ni dia nyer trailer. kalo xsilap aku ada citer dia dlm youtube..g la tgk!



nama pelakon dia ada kat dlm poster 2......

p/s: amatlah tidak sesuai utk ditonton bersama kanak-kanak. btw berdosa ker kalo kita bersimpati ngan org yahudi? serius aku xtahu?...btw nantikan pilihan movie 4 next week...sabtu depan lor g tau erk. :)