Apr 30, 2009

Kisah Aku....



lansung tiada kena mengena dengan topik yang dibincangkan. cuma ikan badut ini kelihatan lucu skali.


Sebulan yang lalu. Penghujung Bulan 3

aku mendapat panggilan daripada supervisor ku yang kedua. katanya ingin bertemu sebentar denganku. tidak pernah2 dia nak berjumpa denganku. risau aku membuak2. mungkinkah dia ingin menanyakan mengenai tesisku yang masih tidak siap itu? matilah aku.

"owh studentku, masuk masuk. Saya sebenarnya inginkan pertolongan kamu. Saya nak mintak tolong kamu ambilkan sampel di loji. Bolehkah?"

"Boleh sahaja"

"Owh studentku, bagaimana dengan research kamu? punya masalah?"

"sebenarnya wahai supervisor ku yang kedua, saya dapat rasakan bahawa tesis yang ku tulis ini amatlah simple dan dapat ku rasakan seperti research yang dijalankan oleh student2 undergrad"

"owh begitukah? kenapa kamu mengatakan sedemikian rupa?"

"bila saya lihat kawan2 saya yang lain..sebagai contoh si polan. Si polan Satu tengah menggunakan reaktor yang hebat utk menjalankan ujikaji beliau. Si polan Dua pula menggunakan software yang tidak pernah Ku dengar untuk mendapatkan hasil ujikaji beliau..sungguh menakjubkan..walhal saya hanya menggunakan peralatan yang teramat ringkas dalam semua eksperimen saya..tiada thrill langsung la wahai supervisor ku yang kedua. Bantulah studentmu yang comel ini!"

"wahai studentku, jangan kau khuatiri semua itu...kerna ini semua terjadi kepada semua pelajar yang lain. tak kira yang melayu, cina, india, indonesia mahupun pak arab - pak arab yang gigih bertanya soklan kepada saya dalam bahasa inggeris yang pelatnya amat sukar utk saya faham!; sentiasa meng"compare"kan research masing-masing. walaupun penggompareran itu adalah tidak adil kerana outcome setiap research itu adalah berbeda wahai studentku yang comel, ya kamu amat comel!"

"oh begitukah? baru tenang hati saya wahai supervisorku yang kedua"

"jika kamu masih lagi ragu2 wahai student ku yang comel, akan saya berbincang dengan supervisor yang pertama mengenai masalah kamu. Mungkin kamu perlu membentangkan research kamu kepada kami dalam keadaan yang santai. supaya mudah bagi kami menentukan samaada perlu atau tidak bagi kamu utk menambah kandungan tesis kamu itu"

"oh begitukah?........jika begitu baiklah wahai supervisor ku" ----di dalam hatiku owwwhhh tidak..nak tambah lagi ker?

aku pun mengucapkan selamat tinggal kepada supervisorku yang kedua itu....


beberapa minggu selepas itu:

sedang aku duduk di library...berkongsi meja dengan seorang student indonesia (perempuan) yang begitu berlagak sekali denganku...huhhh!! malas nak cite!

let's begin now..teng teng teng 360, i woke up this morning!!.....---ringtoneku...tanda msg masuk!

"wahai studentku yang comel, saya berharap awak dapat membentangkan tesis awak kepada saya dan supervisor yang kedua dalam minggu ini juga. nanti akan saya beritahu kamu masanya supervisormu yang pertama"

owh..tahi!!!!!


Hari ini bersamaan dengan 30 April 2009.....

masih lagi menunggu penggilan dari supervisorku yang pertama utk menetapkan tarikh pembentanganku....

sebagai seorang student yang baik lagi terpuji akhlaknya serta yang telah dikurniakan dengan wajah yang comel, adalah tidak patut aku utk mengganggu kedua-dua supervisorku yang sibuk dengan bebanan tugas masing2. betulkan?

atau patutkah aku menghantar pesanan ringkas kepada beliau utk menetapkan sendiri tarikh pembentangan ku? hmmmmm...mungkin tidak. Adalah amat tidak baik mengganggu orang sedang sibuk!!! betulkan?

p/s: perbualan diatas adalah olahan semula. namun isi yang ingin disampaikan tetap sama!

5 comments:

farish izaryl @izreez said...

hahaha lucu taw petani..kemain ngelat xnk inform supervisor tuk pmbentangan ahhak..

P3tani is my nama said...

bukan mengelat...tapi cuma memberi ruang kepada supervisor2 saya utk menjalankan tugas mereka.. lagipun skang ni kan tengah musin xm.

Lina Chan said...

diam2 je.. jgn msg dia.. haha~ buat taktau atau buat2 lupa..

:)

i added ur link oledy..

Hezesuze said...

hahaa pandai ek ang mengadun ayat kasi shantekkkkk!!!

g ler jumpa blaik s/visor tu..nti lama2 terlupa plak...

Ivy Metaga said...

hahahha..kalo sy, sy akan buat2 lupa lalalala...