May 28, 2009

I heart U ane (Pelita)

salam sejahtera...

seperti yang diketahui saya nie adalah antara peminat setia kedai mamak....anyway semalam malam..around 9ish kot...Miss Yana & Miss Reha telah mengajak saya lepak di Pelita, KLCC. Salah satu favorite spot utk melepak. Siapa KLite sejati mesti tau nyer Pelita nie kat mana...kalo korang xtau, memang SEDIH!

Aku bukanlah nak bercerita mengenai kedai mamak pelita nie..sebab makanan kat situ xder ler sesedap mana pun..sedap lagi Q-bistro. Dah lah Over crowded, xder WiFi, Parking slalu xder, Mahal plak tu...so banyak ler kekurangan PElita ni...but still aku tetap suka lepak kat situ..xtau la kenapa? dah kena makanan yang dikangkang oleh mamak kat situ kot....

So sebaik sahaja kami sampai kat Pelita, nasib baik la ada parking....tgk ramai giler org. So carik la tempat duduk.....kami duduk. n seperti biasa aku order limau ais buat pembasah tekak. Xder makanan yang dii order kerna masing2 ngah menjaga badan....hahahahaha

Air sampai....sedang kami borak2, minum air..tiba2.

Miss Yana: eh itu bukan ker?
Saya : Eh dia tu kan?
Miss Reha : yelaaa sapa namanya?
Miss Yana : hmmmmm, sapa erk?
Saya : Asraf Muslim la...

ye En. Asraf muslim makan disebelah meja kami. dia dtg bersama-sama kawannya dan salah seorng nya adalah En.Zain Ruffedge. Dimana Miss Yana dan En Zain pernah mengenali satu sama lain...tapi malu utk bertegur En Zain itew. Baru balik dr Show kot?

Tiba-tiba Miss Yana mengeluarkan statement

Miss Yana: Eh dia itew bukan?
Saya : Eh xler..aku xpernah dgr citer pun dia cam 2...i
Miss Yana : tapi nampak cam jer.
Saya : tah ler...xtau ler aku
Miss Yana : eh dia nampak kurus erk?
Saya: ye kot...
Miss Yana: tapi dalam TV nampak tegap...nie kurus giler la.
Saya : bila dlm TV memang kita mengembang...

so itu jer ler....so kesimpulan nya..memang ramai orang makan kat Pelita termasuklah golongan artis walaupun makanannya xsedap mana pun...malas nak amik pic ane kat Pelita nie sbb majoriti yang keje kat situ adalah warga indonesia....


muka yang amat kepenatan. Penat berjogging xhabis...tgk lengan 2? terkena alergi..habis tangan kaki timbul rashes. gatal....Dr kata xleh makan ayam or ikan....huhuhuhuhu. Masih gigih amik pic ngan Miss Yana yg juga baru pulang dr Gim.


lagi kesan alergi ku terhadap daging ayam or ikan. ada lagi pic..tapi malas nak upload


baru potong rambut petang tadi..rimas la rambut panjang!

May 25, 2009

Jogging!

sorry skang nie dah jarang update. banyak yang perlu di settlekan...masalah study, masalah peribadi dan juga masalah kesihatan. xperlu lah saya nak cerita semua itu.

sejak dua menjak ini, dapat saya lihat dicermin juga di penimbang berat badan, yang badan saya semakin sihat. sihat disini bukanlah merujuk kepada sihat walafiat! sihat disini bermaksud bertambah dari segi komposisi kandungan lemak di dalam badan ye! Jadi tiba-tiba konfident diri itu telah jatuh agak merundum juga. Tiba-tiba jalan sambil tarik nafas...hahahahaha

atas inisiatif sendiri, saya memulakan semula aktiviti yang telah saya tinggalkan yakni JOGGING!
dulu saya agak aktif berjogging (akhir thn lepas) akibat daripada kehilangan kasut jogging saya itu saya juga memberhentikan rutin harian saya itu...huhuhuhuuhuhu

anyway telah saya beli kasut baru....and dah stat berjongging....dah hampir seminggu stat berjogging...badan rasa sihat hati rasa senang and otak rasa cerdas....yeeba!

May 15, 2009

AF, Tomok dan Nobel Prize?

Demam akademi fantasia makin memuncak! tapi ada saya kisah? Langsung tidak. Kali terakhir saya benar-benar ikut af adalah pada zaman kemenangan enzik zahid. benar2 ikut disini dimaksudkan membuang kredit saya mengundi beliau and menonton setiap episode dairi af yang mana setiap saat saya akan teliti. Semenjak berakhirnya zaman itu, af2...saya mula menjadi peminat yang suam - suam kuku kaki aja terhadap program realiti itu. Kalo ada , ada! kalo xder pun saya xkisah.

saya ada jugak la menonton af selepas af2, tipu la kalo saya katakan saya tak tgk af itu. cuma tak segigih dulu la...cuma agak sukarlah juga kalo diberi trivia mengenai AF kepada saya. nama pelajar pun saya tak ingat apakan lagi soklan mengenai kehidupan mereka itu.

Minggu lepas, saya lepak dirumah kawan saya. Mereka ni gigih menonton AF ni. Sangat Gigih! sampai tertegang urat mengenai pelajar kegemaran mereka. mempertahankan kehebatan bakat pelajar pilihan mereka. Bagus! mempertahankan sesuatu yang kita percaya....satu outcome yang +ve daripada program realiti ni.

sampai bertegang urat? hmm..saya pun mengambil inisiatif utk bertanya kepada mereka....

"korang nie mengundi ker?"

jawapan yang didengar bukanlah sesuatu yang hendak di dengar oleh pelajar2 tersebut!

so kalo dah betul2 minat..dah perabis masa depan tv menonton kehidupan fake pelajar2 itu, sanggup bertikam lidah, apalah salahnya jika mengundi?

ok. cukup mengenai af.

beberapa minggu yang lalu, sewaktu kemenangan tomok dlm oiam. saya dapat call dari 1 of my fren la..

fren: weh tomok menang la..
aku: yeke? so?
fren: mesti ko banggakan?
aku: kenapa plak nak aku bangga?
fren: yer la, dia kan budak kawasan umah ko?
aku: xder makna nya...bukannya dia menang anugerah nobel! tidak membawa apa2 faedah utk manusia sejagat...anyway baguslah rezeki dia dah bertambah.

so moral of the story?

saya xkisah pun siapa yang menang.....

:)

p/s: terlalu malas nak google pic tomok mahupun af....

May 14, 2009

Walimatulurus


Ini bukanlah jemputan ke majlis perkahwinan aku!

disebabkan aku malas nak menaip. so aku postkan ajer ler pic yang diambil semasa aku pergi ke umah orang kawin. 2 minggu berturut-turut member skolah aku kawin. minggu nie jugak ada sorang yang akan tunang. bila dah dijemput datang, datang jer la...rezeki xbaik ditolak betul x? anyway bila pegi umah org kawin nie rasanya seperti reunion plak..ramai dak skolah yg ada..dan kebanyakkannya dah kawin..siap dah ada anak 2 lagi? hmmm...ni menunjukkan aku sudah tua!!! sedih!

Majlis Perkahwinan Syikin

(courtesy of Terk & Marlina)


Majlis Perkahwinan Zana

(courtesy of Miss Munirah)

p/s: kagum plak aku tgk laki nie!! Greg Pritchard

May 11, 2009

Mood sudah hilang!

Just xder mood ler...nanti la saya update. walaupun banyak menda nak tulis..tapi nafsu utk menulis itu sudah tak der wat masa nie. nafsu yang lain pulak yang datang....





+++nafsu makan bertambah menyebabkan badanku semakin bersemangat! oh tidak!

May 4, 2009

Hari yang bosan!

Hari sabtu yang lepas. Kawan sekolah kawin. Pergi tengok dia kawin. Perkahwinan yang sangat meriah! Lagi dapat jumpa kawan-kawan sekolah lama yang sememangnya mengingtkan kembali nastolgia silam....(sudah tua ghupanya aku!). bila sudah berjumpa dengan kawan2 apa lagi? mengumpatlah sambil makan nasi minyak orang kawin. sambil mengomparekan susuk tubuh masing-masing. ada yang semakin kecil dan juga yang semakin kembang (majoriti dlm kumpulan ini).

selepas puas mengumpat and mengutuk satu sama lain. saya bersama teman2 pergi ke pavillion yang kononnya ingin menonton wayang. kebanyakkan cerita kami sudah tengok. yang tinggal hanya cerita2 seperti bohsia, jangan tegur dan beberapa cerita yang pastinya bukan filem hollywood. kami memang kurang menggemari filem-filem malaysia yang teramat klise itu...(kami bukanlah anti filem malaysia - cuma memilih sedikit utk menonton. yg tidak klise: kami tonton)

anyway, akibat tiada filem utk ditonton, kami pun membuat keputusan utk meronda-ronda di mall yang mewah itu. melihat gelagat manusia disitu. ramai sungguh orang...

selepas bosan. kami pun terus pulang ke rumah. hmmm?

B.O.S.A.N

oh sempat juga kami g shopping di forever 21...
ya forever 21 juga menjual pakaian lelaki. cantik2 belaka. pasti segak bila memakainya.


lepas pulang handpon ku terus tidak boleh on. aduhhh macam2 ler....tidak on sampai la ke hari nie! Dugaaan hidup!

May 3, 2009

Adik Peminta Derma

Beberapa hari yang lepas, aku ada ler pergi isi minyak di Petronas. Sedang aku mengisikan minyak ke dalam kereta aku..aku ternampak seorang budak yang berpakaian kemas dan mengenakan songkok sebagai aksesori tambahan (trend skang yer!!) sedang meminta derma. Nasib baiklah aku dah habis isi minyak sebelum budak itu sempat datang kat aku...sedang aku nak startkan enjin kereta aku itu, tiba-tiba aku teringat kisah yang pernah dialami oleh diri aku sendiri beberapa tahun yang lalu..

Beberapa tahun yang lalu.
kejadian berlaku di Petronas Bangi. Aku sedang mengisi minyak. Mood amat tidak baik pada waktu itu ditambah pula dengan cuaca yang amat panas.

Aku: Panas sungguh hari ini, kan lebih enak kalau ada udara yang sepoi-sepoi bahasa.
Hati aku: ye betul la...kalau ditambah hujan pasti lebih cocok!
Aku: Tak mau la ujan..susah nak drive. aku dah ler tak nampak..bahaya sih.
Hati aku: betul betul betul. bahaya! Lambat betul minyak nie masuk.

Tiba-tiba!

Adik Peminta Derma: Assalammualaikum bang?
Aku: Waalaikummusalam. (buat2 xendah sajo)
Adik Peminta Derma: Abang derma utk anak-anak yatim bang. dapat kelendar bang. dapat nie bang.....
Hati aku: serius aku xfaham apa yang ko cakap dik! malas aku melayan!
Adik Peminta Derma: Abang.....(muka sedih giler)
Aku: Dik! abang pun anak yatim dik!!!!! (dengan begitu tegas skali!)

-tersentap seketika adik itu, lantas mengundurkan diri dari diri aku!-

aku sangatlah kejam!

semenjak hari itu, bila aku pergi ke stesen minyak petronas itu, aku da xnampak adik peminta derma itu lagi...mungkin masih dalam keadaan sentap lagi kot!

owh adik peminta derma, maafkanlah diriku ini. sekiranya kau membaca blog ku ini!

tiba2 cam menyesal plak aku wat cam 2...huhuhuhhu.