Jul 9, 2009

TESIS KU DALAM BAHASA MALAYSIA

Aku merupakan seorang pelajar kejuruteraan di sebuah universiti yang mengangkat bahasa malaysia sebagai bahasa ilmu. Uni mana tu? ko pikir la sendiri!

Jadi kuliahnya semua dalam bahasa malaysia. Mungkin hanya beberapa kuliah saja yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara. Itu pun akibat terdapat foreigner di dalam kelas.

untuk mendapatkan ijazah , aku dikehendaki untuk menulis tesis mengenai kajian yang aku jalankan. Kajian mengenai masalah kejuruteraan dan termaktub di dalam undang-undang universiti, semua pelajar yang berasal daripada Malaysia hendaklah menulis tesisnya di dalam BAHASA MALAYSIA!


Perlu diingat, hampir 99% sumber rujukan adalah di dalam bahasa inggeris!

Beberapa soalan perlu ditanya!!!!

Jadi adakah ianya menyukarkan kerja aku?

YA!!!!!

Adakah Fakulti Kejuruteraan kami menjadi fakulti kejuruteraan paling teruk di Malaysia?

untuk pengetahuan semua....fakulti aku merupakan antara yang terbaik di Malaysia. Malah lebih baik daripada universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara! yang langsung tidak tersenarai....universiti mana tu erk? huh!
tak caya? : klik!

Adakah dengan kami yang belajar ilmu kejuruteraan dalam bahasa Malaysia menjadikan kami sebagai graduan yang tidak berkualiti?

aku rasa tidak! hampir 30% rakan2 kuliah aku sewaktu degree dahulu bekerja dengan syarikat antarabangsa. Ada yang ditempatkan di Mekah, Dubai, Arab Saudi! dan kebanyakkannya adalah anak2 melayu! hmmmmmm? dan majoritinya sudah bekerja.


Adakah aku merungut mengenai kesukaran yang aku hadapi bila nak menulis tesis?

Tidak sama sekali! aku menjadikannya sebagai cabaran! Biar pelik mana bunyinya, biar kelakar mana ayat aku itu...itu semua tidak penting!!! apa yang penting disini adalah untuk aku faham apa yang aku tulis! Aku faham apa yang aku buat! bukan buat2 faham!

Masalah Plagiat tesis?

Selesai! Kerna majoriti rujukan kami adalah dalam bahasa inggeris! kami dikehendaki untuk menulisnya dalam bahasa malaysia!

kalo nak tiru pun, kami kena translate ke b.m!!!

hmmm....apa yang penting disini adalah usaha!

kalau kita hendak blaja mengenai sesuatu, kita perlu berusaha. Tidak kisahlah dalam bahasa apa pun ilmu itu, sekiranya kita berusaha untuk memahaminya....kita pasti akan memahaminya......

boleh caya ker tulis tesis dalam b.i tanpa plagiat dari tenet? google jer...kuar la tesis ko!

kalau yg buat betul2 2, tahniah! anda berjaya menjadi seorang student!

Pandangan AKu terhadap PPSMI?
faham2 ler sendiri erk!

p.s: kalo blaja dalam b.m pun dapat pngk cukup2 makan, nikan nak blaja dalam b.i?

ayooo akak oi...jangan ler nak salahkan orang lain kalo diri sendiri tak pandai! jangan nak salahkan fakulti kalo diri sendiri xcemerlang. jangan nak kan uni kalo xpandai cakap omputih!!!

SALAHKAN DIRI SENDIRI SEBAB MALAS!!!!

AKU BANGGA JADI PELAJAR UKM!

5 comments:

Pojiepooh Abdullah said...

wow!!
hebat!!
klo POjie dulu nk buat tesis dlm BM, tp since byk terms kne translate ngan betol², kowser la ..
buat BI sudah..
kira leh gak practise BI..
hehe..
apa² bahasa pun, janji cemerlang!

Hezesuze said...

dengan ini saya selaku wakil bekas pelajar U (harusss dirahsiakan) mengucapkan BRAVO!BRAVO!

anda mmg seorang student yg cemerlang gemilang & terbilang....

so teruskan usaha anda itu bgi mncapai matlamat idup anda...

p/s tetiba plak rasa cam student...kikikiki

Aidy Shahiezad said...

belajar sambil memartabatkan bahasa ibunda... bagus dan syabas !! huuhu... ;)

Ivy Metaga said...

sy bangga jadik ex student uitm lalalalala...:)

farish izaryl @izreez said...

ppsmi da xde kan huhu so kna revert bm plak ekkee