Feb 10, 2009

kalau orang lain makan taik? aku akan...........?

bagaimanakah membina masyarakat yang mesra alam sekitar?
masyarakat yang menghargai kepentingan alam sekitar. alam sekitar disini dirujuk mengenai sungai, hutan dan sebagainya..

kerajaan Malaysia dah memperuntukkan berjuta-juta ringgit hanya untuk meningkatkan kesedaran pada masyarakat bahawa pentingnya alam sekitar. pelbagai jenis kempen telah dilancarkan. tapi hasilnya nan-ado!

membazir ajoooo duitnya!

contoh kempen

kempen cintai sungai kita...dilancarkan sekitar tahun 1993. kempen yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat agar sentiasa peka dan menjaga kebersihan sungai demi kesihatan dan generasi akan datang. Malangnya kempen yang dijalankan tersungkur layu.....objektif kempen tak tercapai. Sungai kita makin kotor. hasil kempen stil nan-ado!


malah kerajaan spend lagi berjutaan ringgit hanya utk membaiki dan memperindahkan sungai...--bagi aku bazir duit jer...sbb lama2 kotor balik!!! baik wat menda lain...

membuatkan aku bertanya kepada diri aku sendiri. kenapa ini semua terjadi?
jawapannya sangat senang!----bagi aku ler.

MENTALITI!

aku bukan nak mengutuk, bukan nak mengeji atau nak menghina...tapi kebanyakkan KLites yang aku jumpa mempunyai tahap mentaliti yang amat rendah...mungkin lebih rendah daripada mereka yang berasal daripada zimbabwe....mungkin?

kenapa aku cakap mcm tu?

cuba pergi ke parking lot..especially out door parking lot. Cth: depan old town yap kuan seng...
korang akan faham apa yang aku maksudkan...----xfaham? parking penuh ngan sampah. akibat daripada sesetengah pemandu atau penumpang yang sangat pembersih yang amat risau akan kereta mereka yang amat bersih, yang suci lagi murni itu akan menjadi kotor akibat daripada sehelai tisu ataupun tin kosong. ----kereta kancil jer pun? antara masalah yang timbul akibat daripada terlalu ramai pembersih!

semalam, sedang aku lepak kat maple di bangi...ada la pakcik-pakcik ni. dengan sakannya berbual antara satu sama lain...apa yang aku dengar berbual mengenai isu2 agama..malaikat itu la malaikat ini la....dalam al-quran ada sebut ini lah ada sebut itulah...bla bla bla...rata2nya isu agama n bangsa....so aku malas nak komen. sedang mereka berbual ada la salah seorang daripada mereka ni tiba2 terus membuang tin minuman yang aku sangat pasti adalah kosong ke dalam longkang yang berada betul-betul disebelah dia..----xder keberanian nak tegur pakcik 2..kang sia2 kena tempeleng..yang mampu aku lakukan adalah memberi jelingan maut...bukan manja tapi MAUT!

dan terus membuatkan aku sendiri tertanya....
pakcik-pakcik ni semuanya kuat propa....sifat yang paling famous yang ada dalam masyarakat malaysia....mungkin pakcik 2 xpernah dengar mengenai yang kita sebagai mahluk Allah yang mempunyai akal dimuka bumi ni mestilah menjaga bumi ini dengan baik.

untuk mengukuhkan lagi fakta aku:
sabda Nabi s.a.w


"dunia ini hijau dan cantik dan tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan"


hadis riwayat muslim.....


oleh sebab itu, untuk menjadi masyarakat yang peka terhadap kepentingan alam sekitar, kita perlulah mengubah mentaliti kita.

biar sebesar zarah sekali pun sampah itu, janganlah kau buang ianya merata-rata. kerna tempatnya tak lain dan tak bukan adalah di dalam tong sampah....sebab itulah ianya dipanggil tong sampah.-----terjawablah misteri kenapa tong sampah dipanggil tong sampah

btw tolong jangan guna statement ni:
"alah orang lain pun buat jugak"


kalau orang lain makan taik?


tepuk dada tanya selera!






p/s: yang pasti..lepas baca posting ni..ramai yang akan.........buat bodoh!!!! typical malaysian....




(10.02.09)

4 comments:

LittleHid said...

wah. tagline kita sama la sekarang.

tepuk dada tanya selera.

iN said...

apa2 pun all this thing harus bermula dari kita sendiri..

betul tak?

kalau kat kedai bakery ke..

4 instead put all the bread inside 1 plastic bag dari nk kena asing2kan..

n kalau gie kedai ke..

setakat brg2 bleh pegang dek tangan yg dikurniakan illahi tu xyah le gatal2 nk mintak plastik kejadahnya..

iye ar..

beli setakat air kotak n keropok twisties 2 bungkus..

than mintak plastik, d end of d day..

terbuang juga..

kan?

kan??

P3tani is my nama said...

betul 2 iN...
:)

Anonymous said...

time kat skula dulu kite club pencinta alam.. kite syg alam! dan setiap kulit gula2 yg kite buka, kite xbuang..kite msukkan dlm poket! bila jumpa t.sampah bru buang..pastu kite slalu guna smula brg lama.. baju lama kite xguna semula..kita bg kat org yg mmerlukan..