Jul 31, 2009

Better Left Unsaid!



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Borak Ngan Parim!

semalam kuar g tgk wayang sama parim ngan E.

lebih kurang kul 730pm bersiap sedia nak kuar g mines. tiket tgk wayang kul 920pm. mandi, berak, minum, pakai baju, spray perfume, dah ensem2 nie...otw nak g amik kunci rumah kat depan tv <---mak aku ngah baca surat khabar kat coach depan tv.

HA KO NAK PEGI MANA MALAM-MALAM NIE? <----cuba nak perli aku. walaupun dia tahu aku nak kuar..
ooooooowh~~~~~ orang nak g tgk wayang jap. member ajak.


BAGUS SGT LA KO NIE! ORANG MALAM JUMAAT NIE PEGI SURAU! BACA YASSIN! KO? BAGUSSSSSS!!! BAGUS!

oooook la mak! g dulu....daaaaaaaaaaaa terus lari kuar dari umah!!!! <-------hati sangat terluka time nie!



ok itu jer la setakat nie. malas nak taip. hehehehehehe

p/s: langsung xder kena mengena tajuk entry hari nie. hahahahahahaha

Jul 30, 2009

Mak, Orang Nak Kawin La!

huhuhuhu...nak kata sedih, tak jugak! Nak kata gembira pun, tak jugak! tak tahu la macam mana nak gambarkan perasaan bila dapat tahu kawan-kawan yang rapat ngan aku time skolah dulu mahupun time degree mula tepon nak mintak alamat umah! nak antar kad kawin! huhuhuhuhu sedih2! sedih bukan sbb diorang nak kawin tapi sedih sbb aku makin tua! hhuhuhuhuuhuhuhuhu.

OWH TIDAK!

baru tadi dapat tahu yg classmate aku nak kawin! Si Polan! Si Polan nie dah ler duk sebelah aku time skolah dulu. 2 tahun turut-turut duk sebelah aku! sama2 naik atas meja time tak hafal surah al-mukmin! <----benci gile time subjek agama! ustazah tu asyik aim aku jer....sikit2 aku! kena lempar kasut kat belkoni bila dapat markah skit! sama2 tiru keje skolah! uissssssh

Si Polan ni nak kawin plak dengan classmate aku yang lain (Si Polan B). Si Polan B pulak sama-sama ngan aku jadik pustakawan....huhuhuhuhu.. kawin gak ko erk! aku tah tunngu anak ko akhil baligh kot aku kawin. huhuhuhuhuhu SEDIH!

last weekend aku dapat mesej! lagi menyentuh jiwa...

teng teng teng teng <-----bunyi mesej aku!

Syukur Alhamdulillah, Selamat Semuanya, baby boy yang comel, 3.2kg, 10.06am, 25/7/09 awal sehari dari b/day mamanya. (smiley, :) ) frm: Si Polan C & bini Si Polan C.

aduh...sgt la gembira. Si Polan C nie best fren aku sejak aku form 1 lagi. skang nie dah ada anak lagi...aku apa yang ada? anak buah pun xder lagi! huhuhuhuhu....

tiba2 nampak abg & adik aku berjimba depan tv! terus cakap kuat2 kat diorang!!!!

"weh korang nie bila nak kawin erk! kawin la cepat-cepat! kasik aku anak buah!!! aku xsabar nak men ngan baby nie!!! CEPAT!!!!!"

lepas dah marah abg n adik aku...kononnya nak cakap kat mak aku la...

dalam imaginasi aku la erk!

" maaaaaaaaaaaaaaak~~~~~~" (dengan nada yg mendayu-dayu)
HA KO NAK APA!!!!! (tepat dan tegas!)
"maaaaaaaak ~~~~, mak amik la anak angkat mak! Amik yg baby!"

mak aku bangun sambil cekak pinggang! depan tivi! berdiri sambil pegang pisau yang tah tiba2 ada kat tangan dia....!


KO NAK MATI ERK! KANG AKU BUNUH KO KANG! KORANG BERTIGA PUN DAH BUAT AKU JADIK GILA!

KO INGAT BELA BABY MACAM BELA ANAK KUCING!!!!!!

TAK KUASA AKU!!!!!

KO BERAMBUS! BERAMBUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!


SO akibat daripada kebarangkalian itu, aku pun menghentikan la hajat aku utk mintak baby baru itu...huhuhuhuhu

alaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku pun nak anak! tapi sebelum nak anak kena la kawin dulu! sebelum nak kawin kena la carik sumbody yang nak kawin ngan aku! aish....pening-pening! ada sesiapa yg nak kawin ngan aku! jom kita buat anak banyak2!!!! hahahahahahaha

argh......tiba-tiba feeling-feeling nak kawin!

p/s:

Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang~~~~~~~~~ (semanja boleh).
APA DIA!
saaaaaaaaaaaaaaaaaayang~~~~ JOM KAWIN!
ish bukan kita dah kawin ker? NIKAH AJER BELOM? hahahahahaahahhaha

nakal la awak nie.....


mcm celakak!

nie entry yg ke-100! followers pun dah genap 100! HOOOOOOORAY!

Jul 27, 2009

Hari Yang Malas!

argh pagi yang malas. *sambil tengok jam* dah kul 11.17 pagi rupanya. Pagi la sangat! hahahaha. Malas betul nak bangun. <---tgh baring atas katil. aku pun tak tahu la nak tulis pasal apa. xder idea! hmmmmm?

Seronoknya jadik student! xyah bangun pagi g keje! hahahahahahaaha

pagi-pagi tadi sebelum mak aku pegi keje, mak suh aku g bayarkan bil-bil kat pos ofis bawah 2. ada macam-macam jenis bil aku tengok. ada bil letrik, bil tepon, bil internet, bil astro..hmmmmm banyak betul bil. <----banyak gila yg kena byar? tiba2 cam nak keje plak!

apalagi? hmmmm...owh pagi tadi dapat mesej dari org yang aku xkenali! 012-920**** msg dia berbunyi..."Hi agus, ngah wat per?" <----sila ambil perhatian, nama alam maya aku adalah agus yer! hehehehehe. so disebabkan aku slalu dapat msg macam nie *tiba2 feeling artis plak hahahaha* aku pun malas nak melayan. buang kredit aku jer balas. so aku pun terus abaikan. Yang peliknya mana lah diorang dapat No. aku nie? Pening2...... habis pasal mesej!

hmmm...owh baru beberapa minit tadi tengok kak heze dah siap letak n3 baru kat blog dia. so g la baca. tapi malas nak komen. *aku lebih prefer jadik silent reader, hahahaha* pasal gathering kat tasik shah alam..pastu ada la ym ngan dia kejap. lepas aku letak status ym MALAS NYA!

kak heze : napa malas
aku : malas la
Kak Heze : yelar napa malas
aku: tah la kak
Kak Heze : mesti petani ada wat sumting nie
aku: ala macam pompuan ada period, saya ada time malas. just xkuar darah jer! hahahahaha
Kak Heze: hahahahahahaha

apalagi.....*tiba2 terdengar bunyi air dalam bilik air* owh adik aku rupanya tak g keje la..Pemalas betul la dia nie <---macam la aku rajin sangat! hahahaha.

apa lagi yang harus aku taipkan? hmmmm.... argh tak der idea la nak menulis!!! <-----akibat kurang minat membaca! haish!!!!

So moral of the story? Rajin2 kan lah membaca buku! hahahahahahahaha

p/s: facebook nie cam gampang la...aku nak masuk punya la susah! tension-tension!

Jul 21, 2009

Berak dan Rambut!

aku tak tahu sejauh mana ler kebenaran teori ni! tapi buat pertama kalinya aku dengar teori ni sepanjang 2 dekad aku hidup...

"berak banyak rambut pun cepat tumbuh!"

betul ker? hmmmm...hanya tuhan sahaja yang tahu.

aku baru jer potong rambut. akibat daripada barber 2 xfaham apa yang aku nak, dia dah terpotong rambut aku agak pendek. lebih pendek daripada apa yang aku harapkan..hishhhhh!!

kejadian potong rambut jadik waktu pagi.

aku kuar malam 2. hari yang sama aku potong rambut. Jumpa kawan2. lepak2.
dalam kete. kawan aku memberikan komen kepada aku...

Kawan A : Pendek giler rambut ko! baru potong erk!
Kawan B : tulah dah macam askar dah aku tgk!
Aku : tu lah....dia potong pendek sangat la...tapi nasib baik aku nya rambut cepat panjang...
Kawan A : Yeker? Ko nie mesti kuat berak kan?
Aku : ha? Apa kena mengena berak dengan hal rambut?
Kawan A : Yup. Makin banyak ko berak makin senang panjang rambut ko! Berapa kali sehari ko berak?

(perbualan ini dijalankan tanpa rasa segan silu!)

Aku: at least 2 kali la... KO?
Kawan A : Sama la ngan aku. Pagi sekali. Petang skali.
Aku : eh sama la...aku pagi sekali lepas bangun tido. n malam. ikut apa yang aku makan lah...

kawan B : tersipu malu!

hmmm....wat eva la...
hehehehee



p/s: so sesiapa yang ada masalah keguguran rambut n nak rambut cepat tumbuh..berak la slalu..hahahahahaha

Jul 9, 2009

TESIS KU DALAM BAHASA MALAYSIA

Aku merupakan seorang pelajar kejuruteraan di sebuah universiti yang mengangkat bahasa malaysia sebagai bahasa ilmu. Uni mana tu? ko pikir la sendiri!

Jadi kuliahnya semua dalam bahasa malaysia. Mungkin hanya beberapa kuliah saja yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantara. Itu pun akibat terdapat foreigner di dalam kelas.

untuk mendapatkan ijazah , aku dikehendaki untuk menulis tesis mengenai kajian yang aku jalankan. Kajian mengenai masalah kejuruteraan dan termaktub di dalam undang-undang universiti, semua pelajar yang berasal daripada Malaysia hendaklah menulis tesisnya di dalam BAHASA MALAYSIA!


Perlu diingat, hampir 99% sumber rujukan adalah di dalam bahasa inggeris!

Beberapa soalan perlu ditanya!!!!

Jadi adakah ianya menyukarkan kerja aku?

YA!!!!!

Adakah Fakulti Kejuruteraan kami menjadi fakulti kejuruteraan paling teruk di Malaysia?

untuk pengetahuan semua....fakulti aku merupakan antara yang terbaik di Malaysia. Malah lebih baik daripada universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara! yang langsung tidak tersenarai....universiti mana tu erk? huh!
tak caya? : klik!

Adakah dengan kami yang belajar ilmu kejuruteraan dalam bahasa Malaysia menjadikan kami sebagai graduan yang tidak berkualiti?

aku rasa tidak! hampir 30% rakan2 kuliah aku sewaktu degree dahulu bekerja dengan syarikat antarabangsa. Ada yang ditempatkan di Mekah, Dubai, Arab Saudi! dan kebanyakkannya adalah anak2 melayu! hmmmmmm? dan majoritinya sudah bekerja.


Adakah aku merungut mengenai kesukaran yang aku hadapi bila nak menulis tesis?

Tidak sama sekali! aku menjadikannya sebagai cabaran! Biar pelik mana bunyinya, biar kelakar mana ayat aku itu...itu semua tidak penting!!! apa yang penting disini adalah untuk aku faham apa yang aku tulis! Aku faham apa yang aku buat! bukan buat2 faham!

Masalah Plagiat tesis?

Selesai! Kerna majoriti rujukan kami adalah dalam bahasa inggeris! kami dikehendaki untuk menulisnya dalam bahasa malaysia!

kalo nak tiru pun, kami kena translate ke b.m!!!

hmmm....apa yang penting disini adalah usaha!

kalau kita hendak blaja mengenai sesuatu, kita perlu berusaha. Tidak kisahlah dalam bahasa apa pun ilmu itu, sekiranya kita berusaha untuk memahaminya....kita pasti akan memahaminya......

boleh caya ker tulis tesis dalam b.i tanpa plagiat dari tenet? google jer...kuar la tesis ko!

kalau yg buat betul2 2, tahniah! anda berjaya menjadi seorang student!

Pandangan AKu terhadap PPSMI?
faham2 ler sendiri erk!

p.s: kalo blaja dalam b.m pun dapat pngk cukup2 makan, nikan nak blaja dalam b.i?

ayooo akak oi...jangan ler nak salahkan orang lain kalo diri sendiri tak pandai! jangan nak salahkan fakulti kalo diri sendiri xcemerlang. jangan nak kan uni kalo xpandai cakap omputih!!!

SALAHKAN DIRI SENDIRI SEBAB MALAS!!!!

AKU BANGGA JADI PELAJAR UKM!

Jul 3, 2009

Blushing la....


aku tak tahu nak taip apa sebenarnya. Kete masih blum dijumpai. Tah boleh jumpa ker tidak.
xper ler erk. kalo ada rezeki ada ler kete tu. kaloo xder hmmmm...kete baru la gamaknya! uuuuuho! <------igt beli kete boleh bayar guna spender?

"nah kak, saya punya downpayment utk Minicooper saya ni!"
"eh dik dah terlebih nie! adik dah bayar utk 2 kete ni"
"xper ler kak, yang lebih tu simpan wat blanja..."


anyway malas nak citer pasal kete lagi...Hatiku nie dah pasrah!!!!

bla bla bla bla <--------merepek utk menyatakan keadaan emosi skang! terlalu malas nak taip! :)


btw kenapa tiba2 letak pic ari lasso kat atas? hmmm sebab aku suka lagu nie...sgt sesuai ngan diri aku skang....<----hehehehehehe :)

p/s:hikmah disebalik hilang kete!