Dec 27, 2008

Eletrik, Duit & CO2

Seperti yang diketahui semua, ekonomi skang nie dah xberapa nak baik----tunggu la sampai pertengahan tahun depan yang akan jadik langsung xbaik!!

So aku rasa kita kena mula menjimatkan duit. simpan duit sikit-sikit dalam bank.biar ada simpanan. sebab utk kemudahan masa depan kita ---mana tau kita kena buang keje tahun depan? bukan berdoa yer tapi just fikirkan kemungkinan yg berlaku...sbb aku pun dah ada inisiatif simpan duit! hahahahaha. cam xpercaya jer.


Macam mana nak simpan duit kalo gaji sikit? ----defined sikit? rm800, rm 900, rm1K++?

Tiap hujung bulan berpuluh bagai jenis bil datang umah..nak bayar. Poning!! Tapi apa yang pasti kita boleh kurangkan bil2 yang datang 2..----bil letrik! bil air! bil minyak kete!

lagi satu yang paling penting ukur baju dibadan sendiri yer! kalo gaji rm1K++ buat cara cam rm1K++. Ni berangan nak hidup gaya hidup cam gaji rm5K++!!! SEDarLAh SENah OI!!!!!


ok...aku nak ajar sikit cam ner nak kurangkan bil letrik umah korang..sonang jer. --sesuai kepada mereka yg duk umah sewa & stud
ent yg duk umah sewa...


  1. Guna Kipas siling!!!! lagi jimat dr guna Aircond ..---panas? neraka lagi panas!! gediks jer guna aircond!
  2. Unplug plug dr soket --- elektrik masih mengalir! bazir duit jer bayar elektrik kalo kita xguna n xtahu pun kita guna!
  3. Gunakan lampu dr jenis Compact fluorescents .--xtau apa compact fluorescents? g la carik sendiri kat universiti google..semua nak kena terang!! melampau!
  4. Kalo nak tahu guna screen LCD lagi jimat dari guna monitor biasa yer!!!---- tapi xguna jugak kalo korg jenis xreti nak tutup komp walaupun xguna. tutup la komp 2. sapa yang nak guna? mak korg kat kg? SEDIH!!!
  5. Kepada mereka yang cadang nak beli mesin basuh, beli yang bukak dr depan! kalo omputihnyer kita sebut sebagai front loading washer. lebih jimat dari mesin basuh yang konvensional---tapi kalo dah ada..xsah la gatal2 nak tukar!!! kalo xder duit nak beli..cuci tangan jer!!!!
tapi kalo xder duit nak tukar benda2 2 semua....xper. just unplug kan jer plug dr soket utama..n tutup lampu umah sebelum kuar n kipas!!! Korang akan nampak kesannya pada satu jangkamasa yg panjang.......ulang Jangkamasa Panjang!!!!---bukan ari nie wat sok bil turun harga yer!!!! jangan nak berangan!

Apa kena mengena benda jimat bil letrik ngan bumi? ni sikit info utk korg...letrik dtg dr mana? ---bukannya dipungut tepi jalan yer tapi dijana.

Sumber tenaga letrik Malaysia.....(courtesy of)
kalo kita tgk..kita dapat tenaga letrik dr penjanaan termal & hidro---termal? bakar!!!hidro air lor!

malaysia---kita bakar gas asli n arang batu utk dpt tenaga letrik!!!

so bila kita bakar benda nie memang la akan terjananya elektrik..tapi terjana jugak menda lain..sebagai cth CO2...apa 2? ---CO2 nie adalah karbon oksida yer tergolong dlm gas2 rumah hijau...rumah hijau bukan rumah yang berwarna hijau yer...antara sebab cuaca kita semakin panas!--nanti aku terangkan apa rumah hijau!!!





dari pemahaman aku n pembacaan malaysia ni terlalu bergantung pada pembakaran gas asli utk janakan letrik....tapi bukan ker rizab gas asli kita akan habis jugak satu hari nanti?

jgn risau..kerajaan dah amik insiatif awal utk mengatasi masalah kita yg terlalu bergantung pada gas asli..kerajaan dah wat satu loji janaan baru kat johor..kat tanjung bin. yang paling penting ianya akan gunakan arang batu!!!----- wat arang batu? lagi banyak ler CO2 terlepas... hmmm..no komen..xnak komen.


nie adalah rumah yang berwarna hijau...tapi adakah ianya rumah hijau?

anyway faham x apa yg aku cuba sampaikan?
kalo kita kurangkan guna letrik maka kurang jugak la pencemaran kat bumi ni dan selamat jugak la duit poket kita....win win situation gitu.

Semuanya bermula dengan kita...dimana ada kemahuan..disitu ada jalan! ---kalo xder kemahuan? hmmm boleh g mati!!! hahahahahahhaa

HhH

P/S: TUTUP LAMPU, KOMPUTER N KIPAS SEBELUM KUAR!!!!!!

No comments: