Dec 25, 2008

Bab 1 part 1 (basic dulu!!! apakah itu enapcemar?)

so dalam bab1 selalunya mesti kena ada apa?

  1. Pengenalan
  2. objektif kajian
  3. skop kajian
  4. kepentingan kajian
1. PENGENALAN

utk pengenalan aku terangkan dulu apa yang aku researchkan...kalo ikut tajuk dalam slip yang aku terima

"EFFECTS OF OPERATIONAL PARAMETERS ON SLUDGE GENERATION AND FOAMING AT ACTIVATED SLUDGE SYSTEM TREATMENT PLANT"


kalo dalam bahasa melayu nyer plak

"KESAN PARAMETER-PARAMETER OPERASI TERHADAP PENJANAAN ENAPCEMAR DAN PEMBUIHAN DI LOJI RAWATAN YG BERSISTEMKAN ENAPCEMAR TERAKTIF" -----BETUL KE? hehehehe..ye kot!

ok aku akan terangkan secara ringkas la yer...
apakah itu enapcemar? kalo omputih nyer kita panggil Sludge:

kalo dari pemahaman aku ler...enapcemar ni adalah hasil daripada penguraian yang dijalankan oleh mikroorganisma2 yang ada dalam air sisa yg kita sebut sebagai biojisim. ----faham? tok faham..ini penerangan dari segi kejuruteraan lor..
hahaha

nie aku terangkan dalam bahasa aku sendiri!!!!


kita = mikroorganisma; Kita perlukan makanan utk hidup!! betul? sama gak ngan mikroorganisma...jadi makin bnyk kita makan makin banyak la kita? ----kuantiti manusia bertambah? betul x?......

so apabila manusia bertambah apa yg akan bertmbh jugak?-----sisa manusia (dlm kes ini aku nama kan tahi!)

MANUSIA + MAKANAN = MANUSIA+MANUSIA + MAKANAN = TAHI YANG BANYAK
^persamaan ringkas yang aku cipta sendiri!!! utk memudahkan pemahaman

faham x?
dengan itu aku boleh katakan enapcemar 2 adalah tahi bagi mikroorganisma yang ada dalam air sisa....

so korang faham x? apa itu enapcemar..kalo bahasa omputih nyer kita sebut sebagai SLUDGE!
kalo x faham lagi: layari jer universiti google! ataupun institut wikipedia! sonang!

mesti tertanya kenapa la budak nie? xder menda lain ker nak kaji? Dikaji nyer tahi mikroorganisma!!!!
-----sedih betul kehidupan budak ini!!!!! hahahahahaha.

nanti aku torangkan kat korang apa kepentingan kajian aku nie!!!.....

nak kasik pantun sikit

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolak jolokan,
saya budak baru belajar,
kalo salah tolong tunjukkan.

eh..kalo salah ker? mana tau ada yg expert mekpert baca blog aku ker....salah ker..sila la tinggalkan komen erk...betulkan pemahaman aku nie. jutaan terima kasih!

HhH

No comments: