Dec 27, 2008

Eletrik, Duit & CO2

Seperti yang diketahui semua, ekonomi skang nie dah xberapa nak baik----tunggu la sampai pertengahan tahun depan yang akan jadik langsung xbaik!!

So aku rasa kita kena mula menjimatkan duit. simpan duit sikit-sikit dalam bank.biar ada simpanan. sebab utk kemudahan masa depan kita ---mana tau kita kena buang keje tahun depan? bukan berdoa yer tapi just fikirkan kemungkinan yg berlaku...sbb aku pun dah ada inisiatif simpan duit! hahahahaha. cam xpercaya jer.


Macam mana nak simpan duit kalo gaji sikit? ----defined sikit? rm800, rm 900, rm1K++?

Tiap hujung bulan berpuluh bagai jenis bil datang umah..nak bayar. Poning!! Tapi apa yang pasti kita boleh kurangkan bil2 yang datang 2..----bil letrik! bil air! bil minyak kete!

lagi satu yang paling penting ukur baju dibadan sendiri yer! kalo gaji rm1K++ buat cara cam rm1K++. Ni berangan nak hidup gaya hidup cam gaji rm5K++!!! SEDarLAh SENah OI!!!!!


ok...aku nak ajar sikit cam ner nak kurangkan bil letrik umah korang..sonang jer. --sesuai kepada mereka yg duk umah sewa & stud
ent yg duk umah sewa...


  1. Guna Kipas siling!!!! lagi jimat dr guna Aircond ..---panas? neraka lagi panas!! gediks jer guna aircond!
  2. Unplug plug dr soket --- elektrik masih mengalir! bazir duit jer bayar elektrik kalo kita xguna n xtahu pun kita guna!
  3. Gunakan lampu dr jenis Compact fluorescents .--xtau apa compact fluorescents? g la carik sendiri kat universiti google..semua nak kena terang!! melampau!
  4. Kalo nak tahu guna screen LCD lagi jimat dari guna monitor biasa yer!!!---- tapi xguna jugak kalo korg jenis xreti nak tutup komp walaupun xguna. tutup la komp 2. sapa yang nak guna? mak korg kat kg? SEDIH!!!
  5. Kepada mereka yang cadang nak beli mesin basuh, beli yang bukak dr depan! kalo omputihnyer kita sebut sebagai front loading washer. lebih jimat dari mesin basuh yang konvensional---tapi kalo dah ada..xsah la gatal2 nak tukar!!! kalo xder duit nak beli..cuci tangan jer!!!!
tapi kalo xder duit nak tukar benda2 2 semua....xper. just unplug kan jer plug dr soket utama..n tutup lampu umah sebelum kuar n kipas!!! Korang akan nampak kesannya pada satu jangkamasa yg panjang.......ulang Jangkamasa Panjang!!!!---bukan ari nie wat sok bil turun harga yer!!!! jangan nak berangan!

Apa kena mengena benda jimat bil letrik ngan bumi? ni sikit info utk korg...letrik dtg dr mana? ---bukannya dipungut tepi jalan yer tapi dijana.

Sumber tenaga letrik Malaysia.....(courtesy of)
kalo kita tgk..kita dapat tenaga letrik dr penjanaan termal & hidro---termal? bakar!!!hidro air lor!

malaysia---kita bakar gas asli n arang batu utk dpt tenaga letrik!!!

so bila kita bakar benda nie memang la akan terjananya elektrik..tapi terjana jugak menda lain..sebagai cth CO2...apa 2? ---CO2 nie adalah karbon oksida yer tergolong dlm gas2 rumah hijau...rumah hijau bukan rumah yang berwarna hijau yer...antara sebab cuaca kita semakin panas!--nanti aku terangkan apa rumah hijau!!!





dari pemahaman aku n pembacaan malaysia ni terlalu bergantung pada pembakaran gas asli utk janakan letrik....tapi bukan ker rizab gas asli kita akan habis jugak satu hari nanti?

jgn risau..kerajaan dah amik insiatif awal utk mengatasi masalah kita yg terlalu bergantung pada gas asli..kerajaan dah wat satu loji janaan baru kat johor..kat tanjung bin. yang paling penting ianya akan gunakan arang batu!!!----- wat arang batu? lagi banyak ler CO2 terlepas... hmmm..no komen..xnak komen.


nie adalah rumah yang berwarna hijau...tapi adakah ianya rumah hijau?

anyway faham x apa yg aku cuba sampaikan?
kalo kita kurangkan guna letrik maka kurang jugak la pencemaran kat bumi ni dan selamat jugak la duit poket kita....win win situation gitu.

Semuanya bermula dengan kita...dimana ada kemahuan..disitu ada jalan! ---kalo xder kemahuan? hmmm boleh g mati!!! hahahahahahhaa

HhH

P/S: TUTUP LAMPU, KOMPUTER N KIPAS SEBELUM KUAR!!!!!!

Dec 25, 2008

Bab 1 part 1 (basic dulu!!! apakah itu enapcemar?)

so dalam bab1 selalunya mesti kena ada apa?

  1. Pengenalan
  2. objektif kajian
  3. skop kajian
  4. kepentingan kajian
1. PENGENALAN

utk pengenalan aku terangkan dulu apa yang aku researchkan...kalo ikut tajuk dalam slip yang aku terima

"EFFECTS OF OPERATIONAL PARAMETERS ON SLUDGE GENERATION AND FOAMING AT ACTIVATED SLUDGE SYSTEM TREATMENT PLANT"


kalo dalam bahasa melayu nyer plak

"KESAN PARAMETER-PARAMETER OPERASI TERHADAP PENJANAAN ENAPCEMAR DAN PEMBUIHAN DI LOJI RAWATAN YG BERSISTEMKAN ENAPCEMAR TERAKTIF" -----BETUL KE? hehehehe..ye kot!

ok aku akan terangkan secara ringkas la yer...
apakah itu enapcemar? kalo omputih nyer kita panggil Sludge:

kalo dari pemahaman aku ler...enapcemar ni adalah hasil daripada penguraian yang dijalankan oleh mikroorganisma2 yang ada dalam air sisa yg kita sebut sebagai biojisim. ----faham? tok faham..ini penerangan dari segi kejuruteraan lor..
hahaha

nie aku terangkan dalam bahasa aku sendiri!!!!


kita = mikroorganisma; Kita perlukan makanan utk hidup!! betul? sama gak ngan mikroorganisma...jadi makin bnyk kita makan makin banyak la kita? ----kuantiti manusia bertambah? betul x?......

so apabila manusia bertambah apa yg akan bertmbh jugak?-----sisa manusia (dlm kes ini aku nama kan tahi!)

MANUSIA + MAKANAN = MANUSIA+MANUSIA + MAKANAN = TAHI YANG BANYAK
^persamaan ringkas yang aku cipta sendiri!!! utk memudahkan pemahaman

faham x?
dengan itu aku boleh katakan enapcemar 2 adalah tahi bagi mikroorganisma yang ada dalam air sisa....

so korang faham x? apa itu enapcemar..kalo bahasa omputih nyer kita sebut sebagai SLUDGE!
kalo x faham lagi: layari jer universiti google! ataupun institut wikipedia! sonang!

mesti tertanya kenapa la budak nie? xder menda lain ker nak kaji? Dikaji nyer tahi mikroorganisma!!!!
-----sedih betul kehidupan budak ini!!!!! hahahahahaha.

nanti aku torangkan kat korang apa kepentingan kajian aku nie!!!.....

nak kasik pantun sikit

buah cempedak diluar pagar,
ambil galah tolak jolokan,
saya budak baru belajar,
kalo salah tolong tunjukkan.

eh..kalo salah ker? mana tau ada yg expert mekpert baca blog aku ker....salah ker..sila la tinggalkan komen erk...betulkan pemahaman aku nie. jutaan terima kasih!

HhH

I'm Back!!

ini adalah blog terbaru aku. blog lama aku dah buang. Antara sebab-sebab aku buang:

  1. dapat kesedaran bahawa tulis tesis aku lebih penting dari aku tulis blog lama yang xder faedah nye..
  2. blog lama dah jauh tersimpang dr matlamat asal...aku xnak tulis dairy..apa yg aku buat. semua 2 aku anggap peribadi..so xder makna nya aku nak g tau. no offence erk! xmenarik pun hidup aku.
  3. blog lama jugak byk buat masalah kat aku..so cam pening!
  4. aku dah out of ideas!
Sebab apa aku buat blog baru nie?

  1. sebab aku nak kongsi ilmu aku ngan korang apa yg aku ngah research. at least aku dapat improve aku nyer knowledge pasal kejadah ni. so aku akan terangkan dengan tutur bahasa aku sendiri.
  2. Dengan harapan aku bertambah semangat nak habiskan research aku nie...dah berkurun lamanya aku blaja...harap2 dengan komen korg (kalo ada yg komen ler) dapat memberi inspirasi pada aku utk terus menulis.
  3. Kalo sesiapa yg rapat ngan aku, pasti tahu aku nie kinda environment's freaks...so aku akan cuba bercakap mengenai isu2 alam sekitar dalam terjemahan kepala otak aku sendiri.
  4. hmmmmmmm?
anyway merry chritmas...
:)

HhH